Monday, May 25, 2009

Mat Rempit vs Mat Dadah

Bukti 1
Penagih dadah didakwa bunuh ibu, anak
02/06/2009 11:46am
IPOH 2 Jun – Seorang penagih dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh tiga orang termasuk ibu dan anak yang berusia lima tahun di Taman Pinji dekat sini pada 20 Mei lalu. - Utusan

Bukti 2
Peragut dihukum penjara 30 bulan
02/06/2009 11:51am
SHAH ALAM 2 Jun - Disebabkan meragut seorang wanita yang secara kebetulan jiran sekampung, seorang pekerja pencuci kereta hari ini dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

Mohamad Zeren Hamjah, 27, dari Batu 7 Jalan Kebun di sini, mengambil kesempatan meragut seorang suri rumah Nor Wahi Dah Ismail ketika mangsa berdiri di tepi jalan untuk menelefon suami kerana keretanya mengalami kerosakan enjin.

Tertuduh mengaku telah melarikan sebuah telefon bimbit, beg duit mengandungi kad pengenalan, lesen memandu dan wang tunai RM1,500 milik mangsa ketika meragutnya pada pukul 12.55 tengah hari, 23 Mac lalu di jalan kampung, Jalan Kebun di Seksyen 36 di sini.
Mohamad Zeren didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Lelaki itu sebelum ini pernah dipenjarakan sebanyak tiga kali kerana kesalahan mencuri kenderaan, menagih dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan. - Utusan



Masalah negara yang aku rasa disalah erti dan disalah konsepkan. "Mat Rempit"..suatu istilah yang dikaitkan dengan jenayah ragut, bunuh dan sebagainya. Isu Mat Rempit tidak boleh dikaitkan macamtu, mat rempit adalah budak-budak yang lumba motor. Budak-budak ni biasanya hanya nak seronok, suka berlagak..tak matang. Itu saja.




Yang guna motor ragut, bunuh dan sebagainya bukan mat rempit..tapi mat dadah! kalaupun dia anak muda yang menggunakan motor..dia bukan mat rempit..dia mat dadah.. mat dadahlah yang menjadi masalah kepada negara dan rakyat sekarang ni.




Masaalah dadahlah yang seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya mat rempit. Guna istilah lain bagi mat rempit bukannya menyelesaikan masalah dadah..bukannya menyelesaikan masalah ragut atau bunuh.




Aku harap sangatlah kerajaan berfikir dengan betul dalam isu ini. Barulah penyelesaiannya pun betul. Mat Rempit hanyalah nak berlagak dan seronok..tak susah nak adjust kumpulan ni..yang susahnya nak selesaikan masalah dadah tu.




Aku bagi contoh.. kalau yang pakai serban yang hisap dadah ragut orang..nak selesai masalah pakai serban ke nak selesai masalah dadah? Mestilah masalah dadah dan bukannnya isu pakaian dia kan.. sama la gak mat rempit..isunya bukan mat rempit..tapi mat dadah..ni masalah utamanya.....

No comments:

Post a Comment