Thursday, November 23, 2006

Kenapa Karpal Singh berminat ?



aku tertanya gak kenapa karpal singh minat sangat ngan kes ni dan sedia menjadi peguam bagi pihak keluarga Altantuya pulak tu...hmmm tunggu dah lihat apa karpal mampu buat... perbicaraan paling sensasi tahun ni..bagi aku lah....


_________________________________________________________________________

Karpal Singh tawar jadi peguam secara percuma untuk keluarga Altantuya


Peguam terkenal, Karpal Singh telah menawarkan diri jadi peguam bagi pihak keluarga Altantuya dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam model sambilan Mongolia itu secara percuma.



Konsul Kehormat Mongolia Di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi memberitahu Agendadaily Rabu malam Karpal telah menemui Shaariibuu Setev iaitu bapa mendiang Atantuya tengahari Rabu.



Katanya walaupun Karpal kini berkerusi roda beliau akan tampil bersama dua orang anaknya yang juga peguam untuk membantunya.



“Shaariibuu terima tawaran Karpal itu dan amat berterima kasih kepadanya kerana sanggup menjadi peguam mereka secara percuma,”ujarnya semasa ditemui pada satu majlis di Kuala Lumpur.



Kes penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda yang menghadapi tuduhan bersubahat dalam kes akan disebut di Mahkamah Tinggi ,Kuala Lumpur Khamis ini.Beliau juga diwakili oleh terkemuka Datuk Shafie Abdullah.



Syed Rahman juga memberitahu seramai 20 orang wartawan dari Mongolia akan datang membuat liputan kes berkenaan.



Katanya beliau telah membantu urusan dengan jabatan kerajaan berkenaan untuk kemudahan mereka membuat liputan kes itu.




Kes pembunuhan Altantuya teleh mendapat liputan meluas di Mongolia dan para wartawan berkenaan akan datang dari masa ke semasa bila kes itu dibicarakan.



Bapa Atantuya yang sepatutnya kembali ke Ulan Bator Rabu malam telah menangguhkan penerbangan kerana mahu lihat sendiri wajah Razak Baginda di mahkamah pagi Khamis.



Sewaktu tiba di sini baru-baru ini Shaariibuu telah memohon untuk jumpa Razak tetapi tidak dibenarkan kerana dia ditahan reman dalam lokap.



"Beliau sangat teringin untuk menatap wajah Razak,"katanya sambil memberitahu Shaariibuu terus berada dalam kesedihan sepanjang berada di Kuala Lumpur.




Shaariibuu akan berlepas pulang petang Khamis (esok) dengan membawa bersamanya cebisan mayat Altantuya. - 22/11/2006

2 comments:

  1. Anonymous4:36 PM

    erm..menarik gak tu
    perkhidmatan percuma yg diberikan kpd keluarga mangsa pembunuhan kejam seorg model dr negara jiran..
    mungkin slps ini malaysia akan lebih dikenali ngan negara yg baik hati..slps sblm ni pihak kedutaan memuji kecekapan pihak polis malaysia..
    semoga beliau dpt mencari kebenaran dan manusia yg bertanggungjawab ke atas perkara ini..

    ReplyDelete
  2. ahaa betul chii.. nak sangat tau apa sebenarnya yang berlaku dan nak sangat yang melakukan kesalahan tu dihukum...

    may be yang ditangkap tak bersalah tapi yang tak ditangkap bersalah..

    may be betul bersaalah...

    may be yang ditangkap bersalah gak tapi bukan sepenuhnya....

    macam macam kemungkinan kan hehhe

    ReplyDelete