Tuesday, November 07, 2006

Selamatkah kita?

Tangan wanita ditetak peragut

SUBANG JAYA: Seorang wanita berusia lingkungan 20-an putus empat urat pergelangan tangan kirinya selepas ditetak peragut ketika pulang dari kerja di Taman Sungai Besi Indah di sini, baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang berjalan kaki pulang apabila sebuah motosikal dinaiki dua lelaki secara tiba-tiba menghalang perjalanannya dan terus menetak tangan kirinya menggunakan parang. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, berkata tetakan itu menyebabkan telefon bimbit yang dipegangnya jatuh dan suspek terus melarikannya.“Siasatan awal mendapati, suspek berang dengan jeritan mangsa menyebabkan mereka menetak tangannya kirinya yang memegang telefon bimbit ,” katanya di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment