Saturday, November 25, 2006

VIP Terlibat? Malaysia nak jadi Thailand?




ntah lah apa aku nak fikir..kalau dah keluar kenyataan bahawa VIP terlibat, tak munasabah pulak kalau masih belum dikenal pasti...pelik jugak tu...apapun aku nak ucap syabas kepada POLIS dan Ahli Parlimen Jasin yang berani bertindak dan menegur pihak-pihak tertentu sekalipun kesalahan tu dilakukan oleh Kementerian..yang secara tak langsung Menterinya juga ditegur. Ini check and balance yang aku nak tengok..kalau berterusan sikap macam ni..amanlah sikit Malaysia ni.....
______________________________________________________________

Artikel dari Harian Metro 25 November 2006

Kedai kopi sorok pelacur

Oleh Zainal Zawawi Mohamed

KUALA LUMPUR: Siapa percaya kedai kopi usang di Jalan Imbi di sini, menjadi tempat sindiket pelacuran warga asing beroperasi?

Taktik itu didalangi segelintir golongan kenamaan (VIP) untuk menyimpan pelacur muda dan bergetah, manakala pelanggan yang datang perlu membuat pilihan sebelum dihantar ke hotel di sekitar ibu kota.

Pasar pelacur warga asing itu diintip Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Kuala Lumpur sebelum melakukan serbuan, kelmarin.

Ketua D7 Kuala Lumpur, Superintendan Zaki Masroh, berkata dalam serbuan jam 2 pagi itu, pihaknya memberkas 37 pelacur Vietnam dan China yang menunggu pengunjung di kedai kopi berkenaan.

Katanya, pelacur terbabit tidak sempat melarikan diri kerana semua laluan rahsia mereka dikepung polis.

“Semua yang ditahan itu berusia 20 hingga 30 tahun tercengang sebaik polis meluru masuk ke premis terbabit selain beberapa pengunjung warga emas.

“Ada cuba bersembunyi di bawah meja tapi dapat dilihat pihak berkuasa,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Setakat ini, Zaki berkata, polis belum mengenal pasti VIP yang terbabit dalam sindiket itu tetapi semua pelacur yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Hasil siasat boleh membantu polis mengenal pasti dalang yang membawa mereka masuk ke negara ini.

Namun, menurutnya, segelintir pelacur terbabit memasuki negara ini menggunakan dokumen perjalanan yang sah sebagai pelancong tetapi menjalankan kegiatan haram untuk mencari ‘duit poket’.

Difahamkan, harga yang dikenakan kepada pelanggan RM200 hingga RM300 bagi satu sesi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung sindiket pelacuran perlu memberi keterangan di balai polis berhampiran atau menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999.

Kekerapan operasi pihak berkuasa membanteras kegiatan pelacuran di Bukit Bintang membuat Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohamad Said Yusof ketika membahaskan jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2007 bagi peruntukan Kementerian Pelancongan di Parlimen, kelmarin, mahu kawasan terbabit tidak dijadikan ‘Pat Pong Malaysia’.

Katanya, dia menerima tanggapan negatif daripada beberapa rakan Timur Tengah ketika menunaikan umrah akhir Ramadan lalu, bahawa Malaysia kini lebih hebat daripada Thailand, berikutan mempunyai tempat setanding dengan sebuah pusat hiburan di Bangkok dikenali Pat Pong.

“Pat Pong ini, pusat hiburan di kota raya Bangkok iaitu tempat orang jual orang, orang kena jual, orang yang dijual dan macam-macam lagi.

“Sekarang penyakit (sosial) ini dah sampai ke negara kita. Apa yang memalukan saya, apabila mereka kata Malaysia lebih hebat dari Thailand kerana khidmat seks ‘depan belakang’ pun ada,” katanya.

Beliau berharap Kementerian Pelancongan jangan sampai menjual maruah negara sehingga orang asing menganggap Malaysia sebagai destinasi pelancongan seks.

Mohamad Said turut menegur tindakan kementerian berkenaan yang dianggapnya sudah lari daripada konsep memperkenalkan budaya dan keunikan Malaysia apabila menggalakkan pengusaha hotel dan pusat beli-belah mencipta suasana Timur Tengah di premis masing-masing bagi menarik pelancong Arab ke negara ini.

No comments:

Post a Comment