Tuesday, May 30, 2006

Harian Metro 30 May- My Team

MyTeam mahu aksi Liga M

Oleh Lokman Zainal Abidinlockman@nstp.com.myMERASAKAN sebahagian besar pemain skuad MyTeam mempunyai taraf yang setanding dengan pemain profesional negara, pengurusan pasukan itu menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membenarkan MyTeam turut serta bertanding dalam Liga Malaysia musim depan.

Walaupun peraturan badan induk itu menyebut mana-mana pasukan yang mahu beraksi di liga elit Malaysia perlu bermula daripada bawah, Penerbit Eksekutif MyTeam, Khairy Jamaluddin bingkas bangkit mempertahankan kewibawaan pasukannya.“Saya berharap MyTeam dapat diterima masuk ke dalam Liga Malaysia berdasarkan kemampuan dan bakat yang mereka miliki,” katanya.Beliau berkata, kemampuan pemain skuad MyTeam sudah teruji dan pertemuan dengan skuad Malaysia yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin cukup untuk menceritakan kebolehan pemainnya.Hasrat Khairy ialah biarlah skuad itu bertanding sebagai satu pasukan tetapi andai ada pengurusan kelab atau mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan pemain skuad MyTeam, tawaran mereka tetap dialu-alukan.“Esok mereka akan kembali ke kampung halaman masing-masing.
Kami akan memikirkan apakah perancangan mereka seterusnya. Jika ada pasukan yang berminat, kami akan menghubungi mereka nanti,” katanya.Biarpun tidak semua rakyat Malaysia dapat menerima kehadiran MyTeam, Khairy berpendapat, matlamat sebenar penubuhan skuad yang dikendalikan jurulatih Serbegeth Singh itu berjaya dicapai.“Pertamanya, matlamat kami ialah untuk meningkatkan tumpuan serta minat penonton terhadap bola sepak tanah air. Itu berjaya kami lakukan kerana perlawanan MyTeam-Malaysia disaksikan penonton yang jumlahnya mencapai lima atau enam kali ganda daripada yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.“Keduanya, kita berjaya menarik minat pihak swasta untuk turut serta menjayakan bola sepak negara.
Ketiga, kami melakukan kaedah pemilihan yang lebih telus hingga ke akar umbi dan yang terakhir, kami menyeru badan induk kebangsaan itu supaya merangka semula sistem bola sepak tanah air.“Memang ada yang berkata bahawa penubuhan MyTeam tidak mampu menyelesaikan masalah yang sedang melanda bola sepak negara. Itu memang benar kerana MyTeam bukanlah jawapan kepada apa yang sedang berlaku di dalam bola sepak ketika ini,” katanya.Khairy berkata, apa yang perlu diambil perhatian oleh FAM ialah mengenai kaedah yang diamalkan pengurusan MyTeam yang bersungguh-sungguh merangka satu program untuk mengasah bakat pemain selain mewujudkan keseronokan yang didakwa mampu menyumbang kepada kemajuan bola sepak.

My Team dan Minda Kelas Ke Tiga

Aku hairan dengan apa yang berlaku baru2 ni .. pasal komen duk kata Malaysia tak perlu melawan MyTeam..sebab kalau Malaysia kalah maka pasukan Malaysia akan malu etc. Bagi aku komen macam ni adalah komen dari minda kelas tiga... Aku kagum ngan idea Khairi Jamaludin ni.. idea ni sangat bagus..menubuhkan pasukan MyTeam bagi melawan pasukan Malaysia suatu idea yang bijak dan dari minda kelas satu.
Yang jadi masalahnya bila idea dari minda kelas satu ni disampaikan pada minda kelas tiga..ahaa macam tu lah jadinya..macam macam pandangan hingga orang kuat FAM duk kata sapa sokong MyTeam maka dia tak sokong Malaysia..seolah-oleh MyTeam ni bukan rakyat Malaysia. Apa ke punya pandangan jenis cam ni...susah nak faham kalau orang minda kelas tiga ni berfikir...aku tak lah kata aku kelas pertama kedua ke ketiga ke..tapi tak lah selemah tu nak fikir tentang rasional sesuatu perkara.
Biar pi la sapa pun...kalau pasukan Malaysia ada kualiti apa nak takut ngan sapa dia lawan...ala pasukan hebat dunia pun..macam German bleh lawan pasukan kelab..ok je....dah kalau pasukan kita bagus..sapa pun dia lawan apa nak heran kan..lawan je lah...anggap je lah budak2 MyTeam tu sebagai adik..pasukan adik yang patut diberi peluang dan diajar ..ni tidak ..emosi mengalahkan budak kecik...huhuhu
aku tabik kat Khairi... idea hebat... macam dia kata..idea tu bleh cetuskan idea2 lain yang diluar lingkaran berfikir mereka yang mindanya kelas tiga.
syabas Khairi..syabas TV3.... teruskan gilap budak2 MyTeam tu...depa tu hebat dan ada bakat...untuk pasukan Malaysia aku cadangkan ambik kaunselor ..belajar kawal emosi skit huhuhuhu
Aku tertarik dengan kaedah pemilihan pemain MyTeam ni..apakah FAM akan mencontohinya? atau negeri-negeri akan buat kaedah yang sama? Ini semua soal ketelusan..ambik bola sepak sendirilah..tepuk dada tanya apa kehendak sebenarnya.

Monday, May 29, 2006

Blog ini

Asalamualaikum wrt
Aku mengambil kesempatan ini, memanipulasi medium internet menerusi blog aku ini bagi mencurahkan segala apa aku fikir dan rasa. Aku sedar sebagai insan yang lemah, aku tidak mampu menanggung terlalu banyak perkara dalam fikiranku. Apa aku fikir itu juga akan aku curahkan di sini.
Aku memohon maaf kalaulah nanti ada dari luahan aku bakal memberi kesan kepada sesiapapun juga. Aku tidak mahu terlalu " baik dan jujur" di medium ini. Aku harus bebas dan sememangnya aku bebas untuk berkata dan menulis apa aku fikir.
Aku rasa cukuplah "salam perkenalan" aku ini dan semoga sesiapa yang membaca apa aku luahkan nanti sudi memaafkan aku. Aku gembira kiranya ada kritikan ditujukan kepada aku dan aku pasti berterima kasih atas apa juga pandangan dan maklum balas dari kalian.