Wednesday, January 31, 2007

Rakyat Malaysia tertekan? sakit jiwa?

Satu daripada lima rakyat Malaysia percaya hidup mereka tertekan

Satu daripada lima rakyat Malaysia percaya bahawa hidup mereka kini sangat tertekan, dan kesukaran untuk mengimbangkan kehidupan dengan kerja menambah tekanan kepada mereka, demikian menurut syarikat risikan pasaran global, Synovate.

Pengarah Urusannya (Malaysia) Steve Murphy berkata berdasarkan kajian syarikat itu terhadap 10,000 penduduk di Semenanjung Malaysia, 28 peratus orang Cina mendakwa mereka merasakan tekanan berbanding 22 peratus India dan 18 peratus Melayu.

"Di sebalik peningkatan tekanan perasaan dalam kalangan rakyat Malaysia ini, institusi perkahwinan masih tetap kukuh," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur Selasa.

Beliau berkata hasil kajian mendapati dua pertiga daripada rakyat Malaysia bersetuju bahawa kehidupan berkeluarga adalah lebih baik daripada hidup bersendirian dan kajian itu juga menunjukkan rakyat Malaysia menghargai institusi perkahwinan.

Bernama melaporkan Murphy berkata walaupun kebanyakan rakyat Malaysia percaya kehidupan berkahwin lebih baik daripada hidup bujang, lebih satu pertiga daripada mereka mahukan kejayaan dalam kerjaya.

Walaupun rakyat Malaysia mempunyai hubungan keluarga yang kuat dan percaya dengan perkahwinan, ramai yang cuba mencari keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan berkeluarga.

"Rakyat Malaysia sependapat dalam pandangan mereka mengenai nilai kekeluargaan tetapi mendapati ia bertambah sukar untuk menggabungkan nilai itu dalam kehidupan mereka yang sibuk dan moden," katanya.

Beliau berkata hampir 72 peratus daripada rakyat Malaysia mengakui bahawa mereka masih suka mendapatkan pandangan ibu bapa mereka dan kebanyakan mereka percaya akan peranan keluarga serta berharap untuk membina keluarga sendiri.

"Bagaimanapun, dengan hanya kurang satu pertiga (31 peratus) daripada rakyat Malaysia yang dibanci percaya bahawa seseorang itu tidak boleh mempunyai kerjaya dan keluarga yang bahagia dalam satu masa, adalah jelas bahawa ramai mendapati sukar untuk menyeimbangkan antara mengekalkan komitmen keluarga dan tanggungjawab terhadap tugas mereka," katanya.

Murphy berkata masyarakat Cina adalah kumpulan yang paling berdikari dengan 56 peratus bersedia mendengar pendapat ibu bapa mereka berbanding 79 peratus Melayu dan 77 peratus India.

"Sebanyak 72 peratus orang Melayu dan India (62 peratus) percaya dengan perkahwinan yang bahagia, manakala responden yang berumur lebih 30 tahun (72 peratus) percaya perkahwinan adalah lebih baik daripada tidak berkahwin berbanding dengan golongan muda yang berusia 15 hingga 19 tahun (48 peratus) dan 20 hingga 24 tahun (57 peratus)," katanya.

Beliau berkata kajian itu dibuat di Malaysia, Hong Kong, Filipina dan Thailand, dan dilakukan secara temubual serta melalui telefon.- 30/1/2007



___________________________________________________________________


Aku bukan nak pertikaikan kajian ni, namun bagi aku agak longgar kaedah atau cara kajian dibuat. Walaupun kaedah aku pertikaikan, hasil kajian tu boleh dipakai jugaklah, bukan apa ..bagus untuk pihak-pihak tertentu mengambil tindakan segera bagi membetulkan keadaan ini.



Tekanan bleh buat sakit jiwa, bukan saja masalah besar malah masalah kecil pun, bila dah berlarutan, berpanjangan akan jadi masalah besar gak.


Kita mungkin sakit jiwa kalau:-



1. Kita jumpa orang yang salah pada waktu yang salah dan dia bercakap perkara yang salah.

2. Orang yang betul bercakap perkara yang betul pada masa yang salah.

3. Orang yang salah bercakap benda betul pada masa yang salah.

4. Orang yang salah bercakap perkara yang betul pada masa yang betul.


tapi..kita tak akan sakit jiwa kalau jumpa:-


# Orang yang betul, bercakap perkara yang betul pada masa yang betul.


Tuesday, January 30, 2007

Kesunyian ini



kesunyian sendiri
tidak siapa yang mampu mengerti
terbenam di dasar hati
terselit antara rasa..sanubari

bila panas beransur petang
malam menutup pandangan
bila bayu menghembus tenang
cengkerik pula berdendang sayang

semua itu memberi erti
kesunyian ini.....
seolah ditarikan
mengikut irama kehidupan
masing-masing dengan haluan sendiri
bermain di fikiran....

ada yang qalbunya bergoncang
cinta menjadi mainan
diri menjadi taruhan
impian dan harapan hancur di jalanan

mahu disuarakan tapi pada siapa
adakah yang mahu mengerti
disaat diri ingin dimanjai
tiada siapa peduli
disaat ingin berada di dalam pelukan
diri ini terus disisihkan

apa lagi yang ada
air mata menemani derita
kesakitan yang terlalu dalam
duka merahim kehidupan
kandungan bahagia berkubur sebelum dilahirkan

masih sempatkah aku......
mengutip sisa sisa bahagia yang ada
dengan genggaman tangan semakin terukai

Jangan disakiti sepi itu......



kalau sepi itu bisa berbicara
pasti dikatanya kita ini tidak berbudi
kalau sepi itu bermakna
pasti dia jelingnya kita ini

kerana....
dirinya sering dicemburui
dek kata kita sendiri

sepi juga ingin dihargai
diciptakan sepi
bukan untuk disakiti

sepi itu indah
sepi itu anugerah
sepi di hati
sepi di kalbu ini

kita menangis dek kerana sepi
tangisan itu membersihkan hati
kita diam kerana sepi
diam itu dihargai

sepi mengajar kita
sepi dewasakan kita
sepi itu waja

biarkan sepi ada dalam jiwa kita
biarkan sepi..jangan lagi disakiti

Sunday, January 21, 2007

3 Jenis Manusia


Bagi aku manusia ni ada 3 jenis:-

Ni jenis yang pertama:-

Banyak masalah dalam kepala otak manusia ni apabila mereka berfikir tentang manusia. Tak kisahlah sapapun dia, kalau dia pk tentang manusia maka berserabutlah kepala otak dia, kalau di pejabat dia pk tentang manusia, dia akan jadi pekerja yang serabut kepala otak dia, kalau dia pelajar, pelajar yang serabut..tak kisahlah siapapun dia...pastinya bila pk pasal manusia maka akan serabutlah kepala otak orang yang berfikir tu. Jenis pk macam ni lah aku selalu nak elak walau kekadang kena pk jugaklah..kalaupun kena pk aku akan had dan arahkan pemikiran aku, aku tak akan terjun jauh ke dalam pemikiran macam tu..tak de faedahnya..

Ni jenis yang kedua:-

Manusia ni kalau dia jenis pk tentang sejarah atau peristiwa yang lepas, dia ok sikit..kalau dia bijak ada gak faedahnya tapi jenis pk macam ni pun tak berkembang sangatlah..asyik pi mai tang tu gak..tak mengubah apa apa tapi tak lah serabut macam manusia jenis pertama tu. Jenis ni banyak ada kat dunia ni...ada yang berjaya dan ada yang statik. Kalau dia keje 20 tahun maka kecapaian dia sama je..tak berubah...

Ni jenis ketiga:-

Jenis manusia macam ni aku salute, jenis ni kalau ada ramai dalam satu-satu tempat atau organisasi, aku yakin organisasi dia akan jadi hebat dan cemerlang. Jenis ni jenis yang mengubah manusia atau apa juga menjadi lebih baik dan lebih baik..singkat citer jenis berinovasi. Manusia jenis ni dia pk tentang IDEA.. kalaupun dia kaitkan manusia atau peristiwa, tu sebagai input untuk dia cetus dan kembangkan idea dia. Kalau jenis pertama tadi dia lebih pk pasal manusia kenapa begitu kenapa begini, tapi jenis ni dia tak pk lagu tu...bagi dia kalau ada kaitan manusia dengan idea dia, baru dia akan pk, kalau dia pk ada kaitan peristiwa ngan idea, baru dia pk..jenis ni jenis yang susah nak carik.

tu je lah aku nak kata.... ahaa aku tambah lagi satu perkara.. ni aku nak ingatkan.. jangan pk tentang Allah melainkan apa yang Dia benarkan je.. sebab manusia bukan serabut lagi dah..bukan tak berkembang lagi dah kalau dia teruskan pk tentang Allah pada benda tak patut dia pk..tapi akan jadi GILA terus ..tak caya cuba pk lebih dari apa Allah benar.. aku bagi masa beberapa saat je ko orang akan rasa teruk dah..kalau sejam je setiap hari selama seminggu ko duk pk maka aku rasa tak payah g hospital aku sendiri bleh sahkan ko orang akan jadi gile hehehehe

oklah selamat jadi manusia jenis ke 3 tu ek.. pk pasal idea..jangan pk pasal manusia atau pasal peristiwa kecuali ada kaitan dengan idea. wassalam.

Thursday, January 18, 2007

Jawapan Bodoh Oleh Orang Cerdik

Aku hanya nak lihat keseimbangan berlaku dalam amalan demokrasi di Malaysia ini. Negara yang aku tinggal dan menetap. Aku bukan menyokong mana-mana parti politik, aku hanya berpegang pada prinsip adil dan saksama. Keadilan mesti berlaku dalam setiap perkara di Malaysia ini. Aku yakin kiranya ketidakseimbangan ini dibiarkan, pasti natijahnya akan lebih buruk dan mengerikan.

Apa yang aku maksudkan ialah amalan demokrasi dalam pemilihan pihak yang bakal mentadbir negara ini. Fokusnya ialah pada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang di pengerusikan oleh Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman. Setiap kata-kata, setiap tindakan yang dilakukan atau bakal dilakukan oleh beliau akan mencerminkan ketelusan dan keadilan dalam sistem pilihanraya atau lebih tepat lagi dalam amalan demokrasi bagi Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang berkonsepkan Sistem Raja Berperlembagaan.

Apabila ada sungutan dan aduan dari mana-mana pihak yang mempertikaikan soal ketelusan dan keadilan, apalagi kalau dinyatakan dengan tindakan dan dokumen aduan, maka Pengerusi SPR mestilah melihat ianya dengan serius dan tidak melakukan apa juga tindakan atau ulasan yang menunjukkan ianya berpihak kepada mana-mana pihak sekalipun. SPR adalah badan bebas dan yang bertanggungjawab mengendalikan piliharaya mengikut amalan demokrasi yang berteraskan ketelusan dan keadilan.

Adalah amat malang kalau beliau sebagai pengerusi SPR memperbodohkan pihak yang mengadu seolah-olah beliau salah seorang dari wakil pihak yang bertanding. Tidak masuk akal apabila beliau berkata bodoh kepada pihak yang tidak mahu bertanding kerana tidak percaya kepada amalan dan pengendalian pilihanraya oleh beliau. Ada asasnya mereka bertindak begitu.

Sebagai rakyat yang bebas dari menyokong mana-mana pihak aku mahu pengerusi SPR jangan lagi bercakap macam orang bodoh dan memperbodohkan orang lain semata-mata kerana hendak mengelakkan dari menjawab secara bijak.

Rakyat mahu jawapan cerdik dari orang cerdik dan bukan jawapan bodoh dari orang cerdik.

Wednesday, January 17, 2007

Aku tak cerdik......


aku tak cerdik
namun pada hari ini

aku melihat banyak manusia cerdik

menjadi bodoh


aku tak cerdik
namun hari ini aku melihat
banyak manusia cerdik bertindak bodoh


aku tak cerdik
namun pada hari ini aku melihat
banyak manusia cerdik menjadi jahat dan tak senonoh


aku tak cerdik
namun pada hari ini aku melihat
banyak manusia cerdik lebih bodoh dari yang bodoh


aku tak cerdik
namun pada hari ini aku melihat
manusia cerdik berfikir secara bodoh


aku tak cerdik
namun pada hari ini
aku melihat manusia cerdik sama seperti orang bodoh


aku tak cerdik
namun pada hari ini
aku melihat manusia cerdik yang bodoh ini menjadi semakin bodoh

Monday, January 08, 2007

Dragon Fruit


Dragon Fruit , Buah Kaktus Eksotik

Akhir-akhir ini pasar kita dibanjiri dragon fruit dari Thailand. Ukurannya sebesar mangga gedong gincu, dan warnanya merah menyala. Kulitnya seperti sisik ular yang besar. Tetapi bukan karena itu ia disebut dragon fruit.

Orang Cina kuno menganggap buah itu membawa berkah. Karena itu, ia selalu diletakkan di antara dua ekor patung naga berwarna hijau di atas meja altar. Warna merah buah jadi mencolok sekali di antara warna naga-naga yang hijau. Dari kebiasaan inilah buah itu di kalangan orang Vietnam yang menganut budaya Cina, lalu terkenal sebagai thang loy (buah naga). Thang loy-nya orang Vietnam ini kemudian diinggriskan di Eropa dan negara lain yang berbahasa Inggris sebagai dragon fruit.

Dulu untuk bagus-bagusan

Ternyata buah itu cuma buah kaktus. Ah, kalau kaktus sih, memang sudah lama terkenal ada jenis yang dapat dimakan buahnya. Tetapi dragon fruit ini bukan buah kaktus biasa yang kita kenal sebagai prickly pear, Opuntia ficus-indica itu. Tanaman penghasilnya ialah kaktus pemanjat Hylocereus undatus.

Ia disebut pemanjat, karena batangnya memang memanjat batang tanaman lain ketika ia ditemukan pertama kali di tempat tumbuhnya yang asli di lingkungan hutan belantara yang teduh. Kalau ia dicabut dari tanah, ia masih hidup terus sebagai epifit, menyerap air dan mineral melalui akar udara pada batangnya di daerah atasan.

Kaktus yang nyeleneh ini hidup asli di Meksiko (di sana disebut pitahaya), Amerika Tengah, dan Amerika Selatan bagian utara. Di sini ia dipanggil pitaya roja (pitaya merah). Sebagai hasil hutan, pitahaya dan pitaya sudah lama dimanfaatkan buahnya oleh orang Indian, tetapi selama itu tidak pernah diberitakan dalam media massa dunia.

Pada tahun 1870, tanaman itu dibawa orang Prancis dari Guyana, Amerika Selatan bagian utara, ke Vietnam, sebagai tanaman hias untuk bagus-bagusan. Pitahaya memang menarik. Batangnya saja sudah aneh, berbentuk segitiga. Mana ada tanaman yang berbatang segitiga? (Yang segi empat dan bulat banyak!)

Keanehan kedua ialah, durinya pendek sekali dan tidak mencolok, sampai mereka dianggap "kaktus tak berduri". Tetapi yang paling aneh ialah bunganya. Mekarnya mulai senja, kalau kuncup bunga sudah sepanjang 30 cm. Itulah saatnya kita mengundang para tetangga dan handai taulan pencinta bunga untuk menyaksikan mekarnya pitahaya. Boleh dikata dengan cepat, mahkota bunga bagian luar yang krem itu mekar pada pukul sembilan (kira-kira), lalu disusul mahkota bagian dalam yang putih bersih, meliputi sejumlah benangsari yang kuning.

Bunga seperti corong itu akhirnya terbuka penuh pada tengah malam. Itulah sebabnya ia tersiar luas ke seluruh dunia sebagai night blooming cereus. Sambil mekar penuh ini, ia menyebar bau yang harum.

Ternyata bau ini disebar ke seluruh penjuru angin malam, untuk menarik para kelelawar, agar sudi kiranya datang bertandang untuk menyerbuki bunga itu. Dalam gelap gulitanya hutan belantara malam, mata kelelawar memang kurang awas, tetapi hidungnya "tajam".

Ternyata enak

Orang Vietnam kemudian tahu, ternyata tanaman itu dapat dimakan buahnya seperti di Meksiko, lalu mengebunkannya khusus untuk dipanen buahnya. Di sepanjang pantai timur, mulai dari Ho Chi Minh City di selatan, sampai ke Nha Trang di utara, kini muncul kebun kaktus itu, sampai ratusan hektar luasnya. Walaupun usahanya komersial, namun cara bertanamnya masih secara tradisional seperti cara orang Indian Amerika Selatan (bagian utara).

Kaktus ditanam di antara pohon-pohon lain yang bertindak sebagai tempat panjatan yang murah. Secara berkala, pohon panjatan ini dipangkas daunnya agar bisa leluasa meneruskan matahari ke batang kaktus. Para pekebun yakin bahwa dengan tindakan itu, produksi buah naga bisa meningkat.

Kalau sudah musim buah, antara Juli dan Oktober, buah thang loy memang melimpah sampai dihidangkan sebagai pencuci mulut di pesawat Vietnam Airlines ke Eropa. Di Vietnam sendiri, buah dijajakan di kios buah-buahan wet market (pasar becek).

Secara sederhana, buah naga dimakan segar, setelah masak dan empuk. Buah dibelah jadi dua, lalu daging buahnya yang putih bertaburan biji hitam kecil-kecil disendoki. Biji ini dapat dimakan tanpa menggangu kesehatan, seperti biji selasih. Baru kita tahu betapa menyegarkan daging buah itu, yang dipromosikan sebagai "lebih manis daripada semangka", tapi agak asam-asam sedikit.

Cara makan seperti ini kita tiru (alih teknologikan) dari orang Indian Amerika Selatan. Kulit buah belahan kita pegang sebagai semacam mangkok.

Mereka yang enggan makan seperti orang Indian, mengolah buah menjadi pai saja. Ada pula yang menyantapnya sebagai dessert dalam bentuk es krim restoran modern.

Mitos khasiat penyembuhan

Dalam berbagai pameran buah-buahan tahun 1999 yang lalu, buah naga dipromosikan sebagai penyeimbang kadar gula darah, pencegah kolesterol tinggi, dan pencegah kanker usus. Promosi yang berlebihan seperti ini harus dibaca dengan kacamata yang skeptis. Sebab, bukti khasiat yang dikemukakan bukan bukti hasil penelitian, tetapi hanya daftar kandungan nutrisi yang disusun para "promotor" sendiri. Kita diajak menarik kesimpulan berdasarkan angka-angka kandungan nutrisi itu. Tentu saja ada yang tidak mau.

Jenis kaktus penghasil nopalitos yang sudah jelas berkhasiat ialah Opuntia ficus-indica karena sudah jelas diteliti dengan sahih.

"Makan nopalitos dapat menurunkan kadar gula darah pada penderita diabetes yang tidak tergantung pada insulin," tulis Yosef Mizrahi dan Avinoam Nerd dari Ben Gurion University, Israel, dalam "Cacti as crops" di Horticultural Review 18 (1997): 291-320. "Selain itu, nopalitos juga menurunkan kadar lemak dan kolesterol darah."

Nopalitos ialah pucuk tunas cabang kaktus prickly pear, Opuntia ficus-indica yang masih pipih seperti daun, sampai disebut salah kaprah "daun kaktus". Setelah dibuang duri dan tunas daunnya yang muda, sayur itu bisa dimasak macam-macam, termasuk sebagai salad dan sop daging.

Walaupun nilai gizinya sama dengan jenis-jenis sayuran lain seperti spinach dan daun selada (90% air, 3-7% karbohidrat, dan 1,3% mineral, terutama kalsium), namun ia merupakan sumber vitamin beta karoten (18-30 mg tiap 100 g bobot sayuran) dan vitamin C (10-18 mg tiap 100 g bobot sayur). Inilah yang menjaga kesehatan orang Indian Amerika Selatan dan Meksiko.

Tetapi baru tahun 1979, dunia kedokteran tahu, bahwa nopalitos itu berkhasiat menurunkan kadar gula, sejak Ibanez-Camacho dari Meksiko menelitinya. Kemudian juga ternyata

menurunkan kadar lemak dan kolesterol, setelah Fernandez dan kawan-kawannya meneliti buah prickly pear itu tahun 1992.

Dragon fruit belum ada yang meneliti khasiatnya secara sahih seperti itu, sehingga belum dapat dianggap sama khasiatnya dengan nopalitos kaktus Opuntia fiscus-indica itu. Khasiat Dragon fruit masih mitos.

Makin mendunia

Buah kaktus Opuntia itu juga sudah lama diperkebunkan di Amerika Serikat, Israel, Afrika Selatan, dan negara-negara Amerika Selatan. Di Meksiko, buah dijual sebagai tuna dan di Amerika Utara sebagai cactus pear atau prickly pear.

Baru pada tahun 1980, buah kaktus epifit semacam dragon fruit mulai ikut menyerbu pasar dunia. Gara-gara seorang pengusaha Jepang merasakan sendiri betapa enaknya buah itu, ia minta dipasok beberapa ton buah pitaya amarilla, Selenicereus megalanthus untuk diekspor ke Jepang. Di sana buah itu ternyata sangat disukai, sampai orang Kolombia yang diminta memasok beberapa ton buah itu mengebunkan tanamannya secara komersial.

Buah ini mirip dragon fruit yang kita kenal sekarang, tetapi warnanya kuning. Ketika masih setengah matang, buah pitaya kuning mencolok sekali duri-durinya yang bisa sampai 2 cm panjangnya. Tetapi sesudah masak, duri itu luruh. Ketika dipanen sebelum buah masak benar, duri yang masih agak menempel tapi sudah loyo itu disikat sampai bersih dulu, baru buah dipak untuk dijual. Bercak bekas tempat duri masih tampak menonjol seperti bisul.

Di Kolombia, kaktus ini diperkebunkan dengan diberi trelli sebagai tempat memanjat. Cara penanaman dengan trelli ini kemudian dialih teknologikan (ditiru) di Israel, dan pada akhir tahun 1994 dialih teknologikan pula ke beberapa pengusaha pekebun buah di Thailand, tetapi yang ditanam bibit dragon fruit yang merah buahnya. Di Indonesia baru mengalih teknologikan cara makannya saja.

Sunday, January 07, 2007

Renungan



Ihsan dari http://ttuyup.blogspot.com/

Artikel : Apa Kata Mereka?

Filed under: Islam, Artikel, Pemimpin Dunia — fisan @ 3:56 am

Lawrence Braoun berkata: “Apabila bangsa Arab sebagai basis umat Islam dan negara-negara Islam seluruh dunia bersatu, maka mereka akan membahayakan kita dan seluruh dunia. Kalau mereka tetap berpecah belah, mereka tidak punya arti dan kekuasaan apapun. Kita bebas untuk menginjak dan menyeret mereka. Karena itulah, bangsa Arab dan kaum Muslimin seluruh dunia harus tetap berpecah belah, agar mereka tetap dalam tidur dan kebodohannya” .

Arnold Toynbee berkata: “Sesungguhnya persatuan Islam itu ibarat orang yang sedang tidur nyenyak, namun kita harus waspada bahwa orang yang tidur itu sewaktu-waktu bisa bangun” .

Moro Berger berkata: “Sejarah membuktikan bahwa kekuatan Arab berarti kekuatan Islam, maka dari itu hancurkanlah bangsa Arab, bersamaan dengan kehancurannya, hancur pula Islam di seluruh dunia” .

W. K. Smith (orientalis Amerika), berkata: “Apabila kaum Muslimin diberi kebebasan dalam dunia Islam, dan hidup dalam alam demokrasi, maka pasti Islam akan meraih kemenangan. Hanya dengan sistem diktator sajalah umat Islam dapat kita kacaukan, dan mereka akan asing dengan agamanya” .

Pemimpin majalah ‘Times’ (sebuah majalah Amerika), berkata: “Untuk mencegah hadirnya kesadaran dalam diri umat Islam, maka kita harus menjadikan negara yang mayoritas penduduknya beragama Islam, menjadi negara diktator militer. Dengan demikian kita akan dapat mencapai kemenangan terhadap bangsa Arab dan peradabannya” .

Fidel Castro memberikan nasehat kepada Israel yang berbunyi: “Israel harus berusaha keras jangan sampai gerakan gerilyawan Palestina itu menganut ajaran Islam. Karena ia akan memberikan kobaran semangat seperti yang biasa dikenal dalam masyarakat Islam. Sesungguhnya semangat agama Arab ini akan mempolarisasikan semua jamaah Islam yang lain, sehingga mustahil bagi Israel untuk memelihara eksistensinya. Juga saya peringatkan, agar Israel berusaha keras menjadikan negara Arab sekitarnya menjadi negara-negara sosialis, untuk menemukan kerjasama secara damai antara sosialis Arab dan sosialis Israel”

Lawrence Braoun berkata: “Selama ini para pemimpin kami menakut-nakuti kami dari ancaman berbagai bangsa. Namun setelah kami teliti dengan seksama, ternyata rasa takut kami itu tidak beralasan. Mereka menakut-nakuti kami dengan bangsa Yahudi yang berbahaya, bangsa ‘kuning’ dari Jepang yang beracun, dan bahayanya bangsa ‘merah’ (Bolsyewik - Komunis). Kenyataannya, kaum Yahudi menjadi kawan karib kami, kaum komunis menjadi sekutu kami, dan bangsa Jepang … untuk yang satu ini, sudah ada negara demokrasi besar yang menjamin akan menaklukannya. Ternyata, bahaya terbesar yang kami temui adalah Islam. Hanya dialah musuh sebenarnya bagi kami, baik dalam penyebaran atau di dalam setiap sistem yang ada, maupun dalam semangatnya yang sangat menakjubkan” .

Moroe Barger berkata: “Sebenarnya ketakutan kami dari bangsa Arab, dan perhatian kami yang berlebih-lebihan kepada bangsa itu, bukan lantaran adanya kekayaan alam berupa ladang-ladang minyak yang melimpah ruah itu, akan tetapi lantaran Islamnya” Kami wajib dan berupaya sekuat tenaga dan kemampuan yang ada, untuk merintangi bersatunya bangsa Arab, yang bisa menguatkan mereka. Karena, bersatu dan kuatnya bangsa itu, berarti bersatu dan kuatnya Islam di seluruh dunia, maka itu berarti kejayaan dan kebangkitan Islam akan segera tumbuh .

Philip Foundatie (seorang Perancis) berkata: “Adalah menjadi kewajiban bagi bangsa Perancis untuk melawan dan menghancurkan Islam di dunia ini, dan menerapkan politik bermusuhan dengan agama itu, serta berusaha dengan sekuat tenaga untuk menghalangi penyebaran dan kebangkitannya” .

Keimon (seorang orientalis Perancis) berkata: “Menurut hemat saya, adalah menjadi kewajiban bagi kita untuk memusnahkan seperlima umat Islam, menghukum sisanya melakukan kerja paksa, menghancurkan Ka’bah di Mekkah, dan memindahkan mayat Muhammad di Medinah ke musium Le Louvre di Paris” .

Sebuah media massa barat yang menyatakan: “Tidak diragukan lagi bahwa tugas misi dalam merusak dan mengaburkan aqidah Islam telah menemui kegagalannya. Tetapi tujuan ini bisa dicapai melalui Perguruan-perguruan Tinggi di Barat (juga semua perguruan dan sekolah atau yang semacamnya maupun segala lembaga yang dapat dikuasai atau dipengaruhi oleh Kristen/Yahudi/Israel di dunia ini; peny.). Untuk itu hendaknya dipilih mahasiswa-mahasiswa (orang-orang; peny.) yang mempunyai watak yang lemah dan tidak mempunyai kepribadian serta moral yang rusak dari negara-negara Timur, khususnya dari dunia Islam, agar mereka diberi beasiswa (akses-akses, bantuan-bantuan, kemudahan-kemudahan, sarana dan prasarana, dll.; peny.), sehingga mereka itu bisa menyandang gelar (mendapatkan posisi yang menguntungkan/strategis atau mempunyai pengaruh yang luas dan kuat di masyarakat; peny.), agar mereka bisa membawa misi yang tidak diketahui (oleh orang-orang tersebut; peny.). Agar mereka membina dan mewarnai tingkah laku sosial dan politik di negara-negara Islam (dengan tingkah laku yang sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam, tetapi dinyatakan oleh orang-orang tersebut sebagai ajaran Islam; peny.). Kami (Kristen/Yahudi/Israel; peny.) berkeyakinan bahwa Perguruan-perguruan Tinggi barat (juga semua perguruan dan sekolah atau yang semacamnya maupun sebagai lembaga yang dapat dikuasai atau dipengaruhi oleh mereka di dunia ini; peny.) harus menggunakan kesempatan yang sebaik-baiknya terhadap dunia Timur (Islam; peny.) yang tergila-gila dengan gelar-gelar ilmiah (maupun gelar-gelar lainnya yang dapat menyatakan bahwa orang-orang itu lebih dari orang-orang kebanyakan yang kemudian orang-orang itu dapat pergunakan untuk memperoleh kenikmatan duniawi semata-mata yang berlimpah-limpah - dengan mengabaikan ajaran-ajaran Islam; peny.). Menggunakan mereka sebagai dosen dan intelektual (serta sebagai pengambil keputusan, tokoh masyarakat, dll.; peny.) yang membawa misi (Kristen/Yahudi/Israel dalam rangka menghancurkan Islam; peny.) adalah sangat menguntungkan terhadap tujuan kita (Kristen/Yahudi/Israel;peny.) dengan dalih memajukan (membantu, bersahabat, dll.; peny.) Islam dan orang-orang Islam.” (Catatan: semua orang-orang Islam, tokoh-tokoh Islam, ilmuwan-ilmuwan Islam, pedagang-pedagang Islam, bankir-bankir Islam, anak-anak Islam, suami-suami Islam, isteri-isteri Islam, dll. yang murni, yang sejati, yang dengan sungguh-sungguh berjuang menegakkan kebenaran Allaah S. W. T.. di segala bidang kehidupan ini, yang pasti bertentangan kepentingan dengan Kristen/Yahudi/Israel, dibantai habis-habisan dengan mempergunakan segala cara yang mungkin dilakukan oleh mereka, termasuk mempergunakan tangan-tangan orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya atau anak-anak kecil atau perempuan-perempuan atau orang-orang lemah atau semua orang yang dapat terhasut untuk membela kepentingan Kristen/Yahudi/Israel; peny.) .

Pernyataan Paus Innocent III bahwa Islam adalah agama “Anti Christ” pada tahun 1050 M , yang bunyinya adalah bahwa agama Islam adalah agama Bid’ah dari Kristen/Yahudi/Israel, sehingga disusun rencana dan strategi penghancuran dan penghapusan Islam di seluruh dunia, yang mana sedemikian canggih dan halusnya sehingga sebagian besar umat Islam yang lemah ilmu dan lemah iman ikut-ikutan menjalankan strategi dan rencana tersebut, bahkan sampai-sampai, ulama tingkat tinggi banyak juga yang terpengaruh ikut-ikutan menjalankan strategi dan rencana tersebut.

Seorang pastor dalam konperensi pastor, Samuel Zwemer berkata: “Sebenarnya kami mengutus dan membebankan anda sekalian ke negara-negara Muhammadiyah (Islam), bukan dengan tujuan untuk mengkristenkan mereka, karena hal itu adalah suatu kehormatan. Mereka tidak pantas untuk menerimanya. Sebenarnya tugas kalian adalah mengeluarkan orang-orang Muslim dari agamanya, agar mereka menjadi mahluk yang putus hubungannya dengan Allaah S. W. T.. Dengan demikian terputus pula ciri (akhlaq) Islam dari dirinya, yang menjadi sendi dan fondasi dasar dalam kehidupannya. Dengan jerih payah kalian itu, kalian telah menjadi pelopor kemenangan dalam penjajahan dalam negara-negara Islam. Kalian telah berhasil mencuci otak mereka sehingga mereka mau menerima dan menjalankan segala rencana dan siasat kita untuk mengeluarkan mereka dari Islam. Kami menginginkan kalian berhasil membuat generasi penerus mereka menjadi generasi santai yang suka membuang waktu dan bermalas-malasan. Memburu hawa nafsu dengan berbagai cara, sehingga hawa nafsu itu merupakan tujuan utama kehidupannya, dan mempertuhankan hawa nafsunya, dan kalau mereka menduduki jabatan penting, juga untuk kepentingan hawa nafsunya. Mereka korbankan segala-galanya untuk kepentingan hawa nafsu. Wahai para pastor! Laksanakan dan kerjakanlah dengan sungguh-sungguh dan sebaik-baiknya tugas yang telah diembankan kepada kalian, dan pasti kalian akan berhasil dengan gemilang”. Demikianlah pernyataannya, yang diwujudkan dengan memupuk rasa kecewa, frustasi, pesimistis, dan putus asa terus dipompakan. Mabuk-mabukan, diskotik, film porno dan sex bebas dibudayakan, sehingga generasi Islam terlena dan terhanyut sampai jauh dari cita-cita semula yang luhur, hingga aqidah sebagai senjata ampuh yang terakhir ditanggalkan satu demi persatu .

Kardinal Simon (orang kedua setelah Paus di Vatikan), menyatakan: “Andai umat Islam itu bersatu padu di seluruh dunia, dan menyatukan seluruh aspirasinya, saling bantu untuk melepaskan diri dari cengkeraman bangsa Eropa (Kristen/Yahudi/Israel; peny.), lalu mereka berkiblat dan mematuhi segala syariatnya (Islam, peny.), maka mereka akan mampu bangkit dan mengalahkan kita (Kristen/Yahudi/Israel; peny.). Dan wajiblah bagi kita (Kristen/Yahudi/Israel; peny.) untuk menyusun program demi memecah belah, menghalangi kebangkitan mereka (Islam; peny.) .

Eks PM Inggris, James Callaghan berkata dalam wawancara tentang konperensi Qoud Lobby: “Sebenarnya di antara topik yang hendak dibicarakan ialah masalah Iran”. Ditegaskan kemudian: “Masalah Iran itu mempunyai akar yang mendalam dan kuat, karena kita juga harus membicarakan masalah Turki, Pakistan dan Timur Tengah”. Ditegaskan lagi: “Memang sulit bagi anda untuk memahami apa yang terjadi dalam masalah ini. namun saya sebagai seorang Kristen yang murni, akan mengatakan kepadamu: “Di sana ada musuh terbesar yang harus kami musnahkan, sampai ke akar-akarnya. Dia senantiasa menghalangi setiap rencana dan gagasan kami. Musuh kami itu adalah Aqidah (ajaran Islam; peny.), oleh sebab itulah dalam konperensi kali ini, kami fokuskan pada masalah yang sangat vital itu” .

Ben Gaurion seorang Kristen/Yahudi/Israel berkata: “Tidak ada yang paling menakutkan saya selain kalau dunia Arab akan melahirkan seorang Muhammad baru” .

Thursday, January 04, 2007

Pembunuhan Saddam....



Saddam bukan digantung atas keputusan kehakiman sebenarnya, Saddam dibunuh dan kehakiman atau perundangan diperalatkan. Ini situasi sebenar kalau mahu ditafsirkan dengan terkorbannya Saddam di tali gantung.

Mungkin juga perbalahan antara Sunnah dan Syiah tidaklah seteruk mana namun dengan adanya propaganda US dan kuncu-kuncunya itulah yang menyebabkan banyak salah faham yang dilihat agak ketara antara kedua fahaman ini.

Tujuan penghakiman dan penghukuman bukan untuk memalukan sesiapa, tidak ada satu aspek dari perundangan pun yang bertujuan begitu. Perundangan dan kehakiman adalah untuk menegakkan keadilan dan memberi pemulihan kepada pesalah walaupun seseorang itu terpaksa dihukum bunuh.

Kalau dari perspektif Islam ianya adalah lebih jelas, Saddam semestinya diberi ruang dan peluang keadilan yang lebih luas dan secukupnya dan bukan seperti yang telah berlaku. Apapun yang telah berlaku telah berlaku, apa yang mampu kita lakukan ialah memohon semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Saddam dan mengampunkan juga dosa-dosa kita dan seluruh umat Islam kerana membiarkan ketidakadilan ini berlaku.

Us dan sekutunya akan terus merencana dan melakukan apa juga bagi tujuan menghapuskan Islam dan umatnya dari muka bumi ini. Sama-samalah kita berfikir dan sedar akan hakikat ini. Wallahualam.

Wednesday, December 27, 2006

Ombak kedewasaan...............



kita dilamun ombak kedewasaan

yang saban hari disaji dengan pelbagai dugaan

kita keliru dan adakalanya sukar hendak digambarkan

kita sesat dek kedangkalan memahami erti sebenar kehidupan

dulu...
tika dipelukan bonda
kita selesa..tiada kekeliruan yang bisa bertapa
di benak akal kita..
kita bebas dan sejahtera...
kita selamat ..gembira semaunya

dunia dan cerita kehidupan manusia
tidak bezanya dengan haiwan melata
kekeliruan kerap bertandang di benak kita
ada antara kita yang tumpas dan terus derita

ombak kedewasaan ini hadir dengan berbagai rupa
kita lah pelaut di dalamnya
dengan sampan yang kita cipta
dan pecah....kita lemas di dalamnya

ombak kedewasaan ini mengajar tentang segalanya
kekuatan kita adalah Yang Maha Esa
keimanan kita adalah bahtera yang nyata
meredah pelbagai ujian dariNya

dunia terus berputar ibarat roda
dunia juga berubah isi dan pengisiannya
kita manusia berada di dadanya
sama merasai perubahan dalam ketentuan takdirNya

hulurkan tanganmu wahai saudara
kita satukan hati-hati kita
kita anyam menjadi realiti yang nyata
kita tentukan corak kita
bakal menghadapi dugaan yang bakal tiba
yang pastinya lebih mendebarkan sukma

Saturday, December 23, 2006

Bila Mindaku membebel................



Nak hentikan atau tak? kalau hendak bertindak..

Nak anggap serius ke tak? kalau ambik serius bertindak.

Ini antara sikap manusia yang bertamadun. Malah boleh dianggap yang terpenting kerana sikap ini yang bakal menentukan corak dan arah sesuatu situasi, perkara atau apa saja. Kita sudah tak mampu nak menjadi individu atau bangsa yang hanya menunggu sesuatu itu terjadi, wahal sebelumnya kita ada peluang hendak membetulkannya. Cukuplah kita mengeluh dan merintih dan menjadi suatu bangsa yang menerima saja dan menganggap ianya adalah takdir ( alasan yang diterima pakai oleh mereka yang tidak pernah ada sikap serius dan ada usaha untuk mengubah sesuatu).

Kenapa aku bercakap macam ni?

Entahlah.. naluri aku melihat banyak kejadian akhir-akhir ini sebagai pelik dan wajar kalau kita menilai kembali cara dan kaedah kita pakai selama ini dalam menentukan corak dan halatuju sesuatu yang disekeliling kita, samaada ianya besar atau kecil kalau ianya berkait dengan bangsa dan masa depan kita.

Nak teruskan ke tak apa aku kata ni?

Jawapannya: TAK NAK

Kenapa?
Sebab aku dah mula nak melalut dan nanti aku akan hiris hati banyak orang, so lebih baik aku behenti...sekian terima kasih.


Petikan Akhbar - Kes Pembunuhan Altanyuya Shaariibuu



Dua UTK dituduh bunuh Altantuya pengawal Najib?



Abu Bakar Rahman
Fri | Dec 22, 06 | 07:19:13 PM

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Hrkh) - Selepas Melbourne Age melaporkan bahawa kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mencetuskan soalan-soalan berapi-api kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isu itu semakin berapi-api apabila ucapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memanaskan lagi persoalan umum adakah kedua-dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) yang dituduh membunuh Altantuya adalah pengawal peribadi Najib.

Anwar juga mendakwa bahan letupan C4 yang digunakan untuk meletup dan menghancurkan mayat Altantuya tidak boleh diperolehi tanpa kebenaran Menteri Pertahanan.

Najib juga adalah Menteri Pertahanan.

"Saya tidak mahu menuduh sesiapa tetapi hanya menyatakan fakta. Kita tidak boleh menuduh tetapi kita boleh bertanya, tidak ada salahnya bertanya," kata bekas Timbalan PerdanaJustify Full Menteri ketika berceramah di padang Flat Seri Melaka di Cheras baru-baru ini.

Melbourne Age 14 Disember lalu melaporkan, kes pembunuhan Altantuya mengakibatkan soalan-soalan berapi-api kepada Najib.

Menurut akhbar itu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang kini didakwa berikutan pembunuhan Altantuya, ialah orang kepercayaan Najib.

Walaupun Najib tidak dikaitkan secara rasmi dengan kes itu, kata The Age, tetapi persoalan berbangkit mengenai dakwaan penglibatan UTK dan adakah apa yang disebut sebagai penggunaan bahan letupan C4 boleh dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa Kementerian Pertahanan.

Kes yang melibatkan Abdul Razak, 46, disifatkan amat menarik perhatian apabila isterinya, Mazlinda Makhzan, menekankan di luar mahkamah sebelum perbicaraan 16 November lalu bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.

"Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," Mazlinda, seorang bekas majistret, menegaskan.

Ketika Abdul Razak memeluknya, beliau berkata: "Begitu teruk. Kekejaman".

Pertanyaan timbul mengapa Mazlinda menyatakan: "Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua".

Laporan lain pula menyatakan Mazlina berkata: "Dia tidak berminat dengan politik. Dia tidak mahu menjadi perdana menteri yang akan datang. Dia orang baik. Dia suami yang baik. Dia sepatutnya melindungi saya. Polis yang melakukannya. Merekalah orangnya. Mereka sepatutnya mempertahankan negara ini.

“Sampai hati you all buat dia macam ni. Jangan buat begini kepada dia. Itu kehidupan dia. Mengapa letakkannya ke atas suami saya? Ini kejam, kejam, kejam".

Peguam kepada Abdul Razak, Datuk Shafee Abdullah, pernah dilaporkan sebagai berkata, "Saya yakin sepenuhnya beliau tidak bersalah ... beliau tidak terlibat sama sekali".

Bagaimanapun dalam perbicaraan 14 Disember lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shafee digantikan oleh peguam Wong Kian Kheong.

Dalam perbicaraan itu juga, Timbalan Pendakwa Raya Salehuddin Saidin memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada pihak lain yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu selain daripada Abdul Razak dan dua anggota UTK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Salehuddin berkata perkara itu perlu diperjelaskan berikutan wujud terlalu banyak tohmahan dan sindiran bahawa ada pihak lain yang terlibat sedangkan mengikut siasatan polis hanya tiga tertuduh itu yang terlibat.

Salehudin berkata perbicaraan kes itu juga perlu disegerakan bagi memberi peluang pendakwaan menepis segala spekulasi yang timbul.

Abdul Razak yang lebih dikenali sebagai Razak Baginda didakwa bersubahat membunuh wanita warga Mongolia Altantuya, 28, dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Konstabel Sirul Azhar Umar, 35, di pejabat Abdul Razak di tingkat 10, Bangunan Getah Asli, No 148, Jalan Ampang antara pukul 9.54 pagi dan 11.05 pagi, 18 Oktober lalu.

Azilah dan Sirul Azhar yang sebelum ini bertugas di UTK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pula didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1.00 pagi 20 Oktober lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Md Yasin telah menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes itu dan turut membenarkan jaminan terhadap Abdul Razak dilanjutkan tetapi mengenakan syarat tambahan dengan mendepositkan wang tunai RM1 juta atau sekuriti yang setara dengannya selain melaporkan diri di balai polis seminggu sekali dan menyerahkan pas perjalanan ke mahkamah.

Sunday, December 17, 2006

Aku seorang nelayan..................


Aku nak cerita satu kisah ringkas je.. kisah silam aku..masa tu aku tunggu S.P.M. Aku sebenarnya tidak dibesarkan di Terengganu walaupun aku lahir kat sana. Aku ikut keluarga aku berpindah ke Selangor. Kampung/pekan yang aku di besarkan ialah di Tg. Karang, Selangor. Selepas ayahku meletak jawatan sebagai anggota polis, kerja yang dilakukannya selepas itu ialah berniaga. Mungkin darinya lah aku juga mempunyai minat dan terlibat dalam perniagaan kot. Mak aku juga seorang peniaga yang bagi aku sangat berjaya sehingga mampu menanggung keluarga selepas ayahku pergi buat selama-lamanya kerana sakit jantung.

Kalau nak cerita kisah aku di negeri orang, banyaklah tapi biarlah dulu, lain kali lah aku cerita .. aku nak cerita suatu kisah semasa aku dah kembali ke Terengganu. Kisah yang ada nilai bagi aku.. sentimental value kata orang putih.. kisah aku ni tak la apa apa sangat..tapi aku suka dengan pengalaman ini.

Pengalaman aku pertama kali menjadi seorang nelayan ( semasa tu aku tak kerja kerana baru abis belajar, baru abis exam.. S.P.M). Aku dipelawa oleh seorang kawan untuk sama-sama pergi ke laut menangkap ikan. Aku dengan bangga dan terujanya bersetuju dan tidak sabar untuk merasai pengalaman tersebut. Maklumlah aku tidak pernah ada pengalaman macam tu selama ni. Inilah kesempatan terbaik aku, kerana sememangnya aku sangat suka melihat ikan, aku akan leka kalau bermain ngan ikan. Di kampung aku di Terengganu, aku sering melihat orang menaikkan (memunggah) ikan dengan kuantiti yang banyak... ikan tu masih baru dan segar lagi.

Untuk pengetahuan ko orang, cara menangkap ikan ni macam macam cara, ada nelayan yang menggunakan kail, "bubu", pukat dan sebagainya. Kalau bot-bot besar tu ada yang dinamakan bot pukat jerut, bot pukat tangkul dan macam-macam lagilah. Antara kaedah yang paling efektif ialah dengan menggunakan pukat jerut. Cara ini memerlukan bot-bot yang besar dan jumlah awak-awak (pekerja) yang ramai sehingga mencecah kepada 30 atau 40 orang satu bot. Ada juga yang kurang dari itu..bergantung kepada besar pukat dan besar bot.

Pada pukul 3 pagi, aku dikejutkan oleh kawan aku tu, terkebil-kebil ..selepas basuh muka..menyalin pakaian aku pun turun ke pantai. Disana telah ada ramai awak-awak yang menunggu untuk naik ke atas bot. Sebelum bertolak, aku sama-sama membantu yang lain memasukkan ais ke dalam ruang depan bot bagi digunakan untuk menjeruk ikan nanti. Setelah semua sudah sedia, minyak telah di isi, air telah di isi maka bertolak lah bot tu meredah lautan Cina Selatan. Selama Kira-kira dalam 5 jam sampailah kami ke tengah lautan, tiada kelihatan daratan pun...yang ada disekeliling adalah lautan yang sejauh mata memandang.

Perjalanan selama 5 jam itu memberikan aku pengalaman yang tak pernah aku bayangkan..aku nak kongsi dengan ko orang pasal perasaaan aku..apa aku rasa takala bot besar tu meredah ombak di lautan luas ..bunyi air lautan yang diredah bot itu seolah-olah suatu melodi yang sungguh mengasyikkan... dan tatkala solat subuh..aku merasakan ketenangannya..walau dibuai bot yang beralun-alun dihempas ombak....

Macam mana aku nak gambarkan suasana tika mentari mula tersenyum...memancarkan sinar kemesraanya.. masa tu aku ke hadapan bot..melihat haluan bot membelah ombak..putih berbuih..percikkannya mengenai wajahku.... dengan bayu bertiup lembut ... tiba-tiba je aku dibuai perasaan sedih dan sayu....entah kenapa..aku terasa pilu ...namun aku sembunyikan perasaanku... mungkin suasana lautan yang asing bagiku membuatkan perasaan aku tidak stabil... aku tak taulah ko orang boleh merasai atau tak apa aku rasa ni...


"Juragan" ( ketua bot) mengarahkan supaya sauh dilabuh di kawasan yang ada "unjang" suatu tukun (kediaman ikan) yang dibuat dari pelepah kelapa (nyiur) di ikat menjadi gulungan dan dibuang ke dalam laut..pelepah kelapa tu diikat dengan beg-beg pasir supaya ianya tenggelam.. antara pelepah nyiur tu dengan beg-beg pasir ada tali pengikat keduanya...supaya apabila beg-beg pasir tu tenggelam..pelepah tu akan timbul di ditengah-tengah lautan ..dan dipermukaan di letakkkan pelampung ...pelampung tu diikat kepada pelepah kelapa tu... hmm faham ke ko orang ek? hhehhe ikut suka ko oranglah faham ke tak.. penti
ng untuk ko orang tau..kat situlah ikan-ikan yang banyak akan bermain..dan kat situ jugaklah rezeki kami ..nelayan mencari rezeki..

Bot dilabuhkan..sauh diturunkan....bot berehat seketika..ntah napa aku tak tau..biasanya mereka kata tak berehat pun kecuali kalau kita bermalam ... tak apalah ..ikut kata juraganlah.. engine bot dimatikan....masa tu aku tengok ada beberapa awak-awak mengeluarkan sesuatu yang aku tak biasa lihat.. bila aku tanya pada mereka..mereka kata nilah "apollo" ... emmm aku sendiri tak tau apa sebenarnya ..so aku tengok je lah... benda tu sebenarnya mata kail yang diikat berantai-rantai..ada banyak matakail yang diikat pada "tangsi" (sejenis tali buat memancing) ...lalu dijatuhkan ke laut...lalu mereka henjut pelan pelan..pastu kuat-kuat...pastu tarik naik atas... ahaaaaa!!! terbeliak aku tengok...begitu banyak ikan-ikan terlekat kat matakail tu....huhuhu menakjubkan sungguh...sekali hentak je semua ikan-ikan tu berteraburan di lantai...tak payah nak buang sekor sekor.. seronok sungguh aku tengoknya...heheh

aku lihat pula sampan kecil yang dibawa bersama diturunkan ke laut..ada dua orang atas sampan tu..sorang pengemudi dan sorang lagi yang dipanggil "juruselam" ..mereka ke arah "unjang" yang ada disekeliling bot yang kami naiki... Juragan naik atas "dek" bot...bhg. paling atas pada sebuah bot... meninjau.. wahh bergaya sungguh..nampak kehebatan dia sebagai boss dalam bot tu.. pendiam dan sekali-sekali je bercakap.... tiba-tiba dia berteriak... " oiii !! naikkan sauh tu.....sedia!!! ".........

aku bertanya kepada kawan aku..apasal tetiba je dia beri arahan.. kawan aku tunjukkan pada aku yang juruselam dah bagi isyarat ikan dah banyak...ada dan sesuai untuk ditangkap.. emm barulah aku faham.... engine bot dihidupkan... meluru dengan laju mengelilingggi ujang dalam jarak yang agak jauh jugaklah.. semakin laju bot dipecut.. dan akhirnya apabila juragan mengangkat tangan maka pukat dibahagian belakang dijatuhkan ke laut.. terjadi satu lingkaran bulatan dimana sampan dan unjang berada di dalam lingkaran pukat yang dijatuhkan itu....

Setelah beberapa detik...lingkaran menjadi bulatan dan engine bot dimatikan ..... maka bermulalah tugas aku di bahagian hadapan bot ...iaitu menarik pukat ... dengan percikan air yang halus kedengaran.. dengan bau minyak diesel yang menusuk hidung dan kerongkong ku...aku mulai rasakan ada sesuatu yang tak kena dengan diriku ini... aku terasa hanyut dan gelora perut ku sama kuat dengan gelora ombak mungkin.... mualnya.......... lantas aku ke bahagian tepi bot..sambil hampir meniarap...menghulurkan kepala ke laut... uwekkkkkkkkkkkkkkkk!!!! uwekkkkkkkkk!!!! uwekkkkkkkkkkkkkkk!!

" ha!ha!ha! ada orang dah "kerkah birai" oiiii " jerit salah seorang kawanku dari bahagian belakang bot... antara dengar dan tidak je....mata ku berair laju.. tekak terasa kering....perut terasa dijerut... muntah hijau yang keluar...tiada lagi makanan yang mampu aku muntahkan... hanya air berwarna hijau.... lembik.... longlai.. rasa nak nangis jek... uwaaaa kalaulah aku tau macam ni rasanya..tak nak aku ikut menangkap ikan.....

Hampir sejam jugaklah aku terlentang di bahagian tepi bot tu... kejap terlena ..kejap terjaga... barulah aku rasa ok sikit...sedikit segar...lalu aku bangun dan aku dapati pukat hampir habis di tarik..tinggal lingkaran keroncong yang dipernuhi ribuan ikan-ikan... aku rasa semangat melihatnya... berbagai jenis ikan.. ada ikan tenggiri..ikan sardin..kembung ..lelain aku tak kenal... spesis yang aku tak pernah lihat pun ada...banyaknya ikan sardin lah.. melompat-lompat ...wahh banyaknya ikan .. tak tau nak gambarkan perasaan aku masa tu....

aku ke bahagian belakang bot... tukang masak sedang bersiap untuk memasak.. dia tergelak kecil tengok aku masih lemah dek mabuk laut tadi... ' ahaa ..mari sini..ambik ikan kembung yang melompat tu..bawak ke sini" .. aku pun menangkap ikan yang masih melekat di jaring tepi pukat tu..dan ada sebahagian yang dah mati yang dilonggok ..masih hijau ..dan ada yang masih hidup....
ku serahkan pada tukang masak tu..

Di ambilnya yang masih hidup..dicampaknya ke dalam kuali yang mendidih.. " ini ubat untuk orang mabuk laut" katanya padaku.. hehehheh tercenggang aku.. hidup-hidup ikan tu digorengnya.. sekejap saja dah masak.. apalagi akupun bedal lah.. emmmm manisnya ..paling sedap walau tak de rempah atau perencah... abis dua tiga ekor aku makan..hahhahahhaa tak rasa dah mabuk laut tu.. hehheeh

Habis je melantak ikan goreng segar tu..aku ke bahagian haluan bot.. melihat ikan dipunggah masuk ke dalam petak atau ruang yang ada ais ...beribu-ribu kilo kot...entah berapa tan agaknya ikan yang ditangkap tu...emmm aku kepuasaan... aku bangga menjadi anak laut..aku bangga menjadi nelayan.... aku bangga....

sekejap je kegembiraan aku tu.. aku kembali ke tepi bot... "kerkah birai " lagi sekali uwekkkkkkkk!! uwekkkkkkkkkkkkk!!!! hukhukhuk......

Aku tak sedar dah selepas tu..aku terlena kembali..tak de tenaga dah yang tinggal... apa yang aku dapat dengar mereka sempat memukat beberapa kali..ntah berapa kali aku tak tau..aku lena dan terus lena..muntah dan terus muntah..... itulah nasib aku pada hari pertama aku menjadi nelayan...

Sampai di daratan..aku diberikan begitu banyak ikan..dan sedikit duit..kalau tak salah aku RM 20.00 untuk hari tu... walaupun aku lebih banyak terlena dari bekerja..aku diberi hak yang sama...bangganya aku.. pasti ibuku bangga dengan aku jugak ...hehhhhehee bawak balik duit..bawak balik ikan....hasil aku tangkap sendiri.. tangkap sendiri? hihihihi entahlah...

itulah kisah aku kali ini..apapun yang berlaku..aku bangga menjadi seorang nelayan walau itu kali pertama dan itu juga kali terakhir... sekian.



Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong


Oleh Ziauddin Sharuddin

Sumber dari Berita Harian

YANG di-Pertuan Agung mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Fungsi sebagai Ketua Negara dapat dilihat dalam tiga cabang kerajaan, iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman.

Eksekutif

Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau lebih khusus, Perdana Menteri.

Walaupun bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi Perlembagaan iaitu:

1. Melantik seorang Perdana Menteri.

2. Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen.

3. Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan mengambil tindakan dalam mesyuarat itu.

Perundangan

Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong sebagai sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut:

1. Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa.
2. Memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
3. Memberi ucapan dalam mana-mana majlis Parlimen.
4. Memperkenankan Rang Undang-Undang.

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa melantik 40 orang senator lain.

Kehakiman

Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang kehakiman. Antara tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong adalah:

1. Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja.

2. Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

3. Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun.

4. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan tertentu.

Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya. Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk menyingkirkan atau mengekalkan hakim.

5. Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.

6. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan.

Baginda juga adalah Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.

Selain tiga fungsi ini, Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi seperti berikut:

1. Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata.

2. Mempunyai kuasa mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

3. Menjaga hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

4. Sumber penghormatan dan kebesaran.

5. Fungsi diplomatik dengan melantik diplomat Malaysia di luar negara dan menerima mengadap diplomat asing.

6. Menghadiri pelbagai majlis dan acara.

Friday, December 15, 2006

TOL naik!!


aku tak suka TOL naik!!

dan aku tak suka situasi ni jugak..situasi??? errr aku tak suka tu..tuuuuuuuuu huh!!

Thursday, December 14, 2006

Pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13


Sultan Mizan yang aku kenali seorang hamba Allah yang taat dan tawaduk, baginda begitu berminat dan banyak menghabiskan masa meneliti dan mendalami agama ISLAM. Seorang Raja yang terlalu sayangkan rakyatnya. Baginda berjiwa serdahana dan mudah untuk didekati kiranya bertujuan baik dan ikhlas.



Aku pernah menyaksikan sendiri salah satu dari sifat penyayangnya suatu ketika dahulu, ketika itu baginda mungkin berusia dalam lingkungan awal dua puluhan. Suatu ketika baginda bersiar-siar sendirian dengan memandu kereta di kawasan perumahan rakyat di Pantai Batu Burok, tiba-tiba ada seorang anak kecil melintas jalan, boleh dikatakan anak kecil ini baru boleh berjalan, tanpa disedari ibunya yang ketika itu sedang sibuk menjual kueh di bahu jalan.. lalu baginda turun dari kereta dan memeluk dan mendukung anak kecil itu, di ciumnya dan diserahkan kembali kepada ibunya sambil tersenyum penuh kemesraan. Inilah sikap Raja Terengganu sekarang yang sudah ditabalkan menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia.



Baginda juga mempunyai seorang ibu yang sangat penyayang dan bermurah hati, aku pernah mengenali dan mengadap bonda baginda YTM Tengku Nong. Beliau seorang yang sangat perhatin dan dekat dengan rakyat sepertimana anakanda baginda. Semoga Allah memberkati dan meredhai pemerintahan baginda dan seluruh kaum kerabat baginda .. ameen.

Wednesday, December 13, 2006

Anugerah Tuhan....


renyai hujan menitis di luar jendela
di kejauhan ..di pergunungan itu
berkabus putih bersih dan suci
alam dibaluti kesejukan..nyaman terasa

flora dan faunanya mewarnai alam
dengan bau dan nyanyian
semerbak..berkumandang
hati tersentuh..sayu, pilu dan hiba

inilah kurniaan Tuhan
pada hambaNya..yang setia dan derhaka

inilah anugerah Tuhan
pada kita... seluruh makhlukNya

dari jendela ini....
ku saksikan aliran air meluruti bebatu tinggi
menerjah ke bawah ..dalam takungan kehijauan
anak anak ikan berbagai warna
riang ..berenang tanpa gangguan

renyai hujan masih kedengaran
sejuknya hingga ke tulang
penghuni hutan kembali pulang
setelah kenyang mungkin..atau kesejukkan

aku bernafas di dada alam
rahim belantara ini menjanjikan sejuta keasyikan
dan ku pejamkan mata
lena dalam pelukan hutan
di temani penghuninya..

di sini..aku lebih mengerti tentang kehidupan
lebih memahami maksud keikhlasan
tiada yang mengejar kekayaan
yang ada ..semuanya menikmati anugerah Tuhan

Apa lagi yang tak berlaku di Malaysia ini??


Apalagi yang tak berlaku di Malaysia ini? Aku tak boleh nak mengukur perasaan manakah yang sedang bergolak dalam hati aku apabila membaca berita ini, aku tak tau mana satu perasaan yang paling kuat.. antara marah, takut, sedih, risau, gementar, berbagai perasaan lagi aku rasa sekarang.

apabila ini berlaku.. semua bersalah! Kerajaan Malaysia bersalah, MUFTI bersalah, semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bersalah..termasuk aku bersalah..cumanya masing masing bersalah atas kapasiti masing masing... mana mana ada kuasa siasat dan bertindaklah...

kalau dah Al Quran kitab suci kita sudah berada di longkang-longkang siapa lagi yang boleh berkata ianya bukan salah kita? aku tak tau apa lagi selepas ini.. mudah-mudahan Allah tidak menurunkan balanya kepada kita semua.. sama samalah bertindak walau dengan membenci dalam hati sekalipun kepada perbuatan jahat dan hina ini.

sama-samalah kita berdoa agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan menyelamatkan kita dari kehancuran...dan kebinasaan... ameen
______________________________________________________
Al-Quran dalam longkang

Oleh Muhd Izawan Baharin


SEREMBAN: “Hati saya sebak melihat kitab suci al-Quran terendam dalam air longkang, malah ada yang terkena najis anjing,” kata Mohd Anuar Bukhari, 43, yang menemui berpuluh-puluh naskhah al-Quran yang dibuang di sebuah syarikat kitar semula kertas di sini, Ahad lalu. Menurutnya, dia tergerak untuk membersihkan kawasan longkang di syarikat terbabit sebelum menemui al-Quran yang ‘dilayan’ seperti sampah itu.


“Setiap hujung minggu, saya bekerja sambilan membaiki paip rosak atau membersihkan kawasan bangunan dan tergerak hati membersihkan longkang. “Saya mulanya menyangka ada buku tebal terendam dalam longkang, tapi sebaik mengangkatnya saya dapati ia al-Quran. Selepas itu, saya menemui senaskah demi senaskah kitab suci itu dalam keadaan menyedihkan,” katanya yang bekerja sambilan membersih longkang.


Mohd Anuar berkata, dia melaporkan penemuan itu kepada Pejabat Mufti tengah hari semalam untuk tindakan lanjut. “Saya tidak salahkan syarikat itu kerana mereka hanya membeli kertas dan buku lama tapi saya kesal dengan sikap pihak yang tidak menghormati al-Quran dengan menjualnya umpama buku buruk,” katanya yang ditemui di Masjid Sikamat di sini, semalam. Sementara itu, tinjauan pihak berkuasa agama juga menemui puluhan al-Quran dalam keadaan hancur akibat terendam lama di dalam longkang, terkena najis anjing, ditindih kertas serta papan buruk, terkoyak dan disaluti lumpur.


Jabatan agama terpaksa menyediakan 10 guni untuk mengisi al-Quran yang ditemui sebelum dibawa ke Masjid Sikamat untuk dikeringkan sebelum dilupuskan dengan cara yang betul. Pemeriksaan turut menemui buku teks Pendidikan Agama Islam untuk pelajar sekolah menengah yang mengandungi keratan ayat suci al-Quran di bawah tindihan kertas buruk.


Berdasarkan cop di buku teks itu mendapati ia dihantar dari sebuah sekolah di Jasin, Melaka. Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti negeri, Mohd Khir Johari Abas, berkata selepas menimbang al-Quran itu, pihaknya mendapati keseluruhannya seberat kira-kira 220 kilogram. “Kita tidak pasti bilangan naskhahnya kerana ada antaranya sudah rosak teruk dan hancur,” katanya.


Beliau yang terkilan dengan perkara itu berkata, sepatutnya pihak yang mahu melupuskan kitab suci merujuk kepada jabatan agama di tempat masing-masing. “Tindakan ini dilihat seperti tidak menghormati al-Quran sebagai kitab suci,” katanya.

Friday, December 08, 2006

Anda Fikir Apa Yang Aku Fikir??

Majlis Perkahwinan Dr Fazlee dan Azrene.. Kenapa Mereka Menangis?

ko orang terfikir tak apa yang aku fikir? suatu perkara penting yang aku tak nampak ada dalam majlis gemilang macam ni...pelik ek.. kalau perkara penting yang patut ada tak ada..macam mana nak ada perkara penting yang lain dalam negara ini? kepimpinan melalui teladan? hihihi lawak betul.... ko oran g fikir sendirilah ek....







Kenyataan :-

Senator Datuk Yaakob Mohamad menyampaikan ucapan yang antara kata-katanya menyentuh sekali hati anaknya Dr Fazley dan isteri,Azrene Soraya Abdul Aziz pada majlis persandingan mereka di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.

Lebih 1,000 termasuk menteri terdiri dari Datuk Seri Syed Hamid Albar,Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad,Datuk Bernard Dompok ,sebilangan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara, pimpinan politik,pegawai kerajan dan orang korprat hadir di majlis itu.

Dr Fazley dan Azrene yang telah bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar di Bukit Damansara 7 November lalu kelihatan menitiskan air mata mendengar ucapan itu pada penghujung majlis.

Azrene ialah anak kepada isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya.



Yaakob dalam ucapan itu antara lain berkata , “Dan percayalah kata bapa hari ini, Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala
ketentuan.



"Percayalah anakku berdua, biar terpaksa mengharungi rebut, taufan, petir, ombak dan badai, walaupun punyai penuh dengan kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan.



"Namun hadapilah pancaroba tersebut dengan berlandaskan Al-Quran,Insyaallah, bapa dan ibu yakin dengan memiliki ilmu Al-Quran di dada segala dugaan dunia dan akhirat dapat dihadapi bersama.

"Pada puteri Azrene Soraya, bapa, ibu dan seluruh keluarga sungguh-sungguh terharu di atas sifat kemuliaan, sifat keikhlasan, sifat yang mempunyai cirri-ciri seorang puteri yang solehah yang ada pada diri Azrene, Insyaallah, yakinlah, percayalah, kehadirian Azrene
dalam keluarga ibu, bapa sekeluarga akan memberi seribu cahaya dan seribu makna dan yakinlah bahawa Allah yang maha berkuasa yang menentukan seglanya.

"Terima kasih kerana sudi datang dan merestui majlis ini…" kata Yaakob yang juga Setiausaha Kerja Barisan Nasional kepada Agendadaily ketika ditemui di pintu masuk Dewan Merdeka setelah hampir sejam berdiri melayani hadirin yang berangkat pulang selepas selesai majlis persandingan itu .


Ditanya tentang perasaan dan kehadiran di majlis tersebut, beliau berkata,” semuanya selamat, semua OK dan kehadiran ramai".

Dr Fazley,selain seorang artis merupakan seorang Naib Presiden serta Pengarah Eksekutif Putrade Management dan Putraworld Trade Centre Property (PWTC) Kuala Lumpur dan Azrene pula seorang peguam.

Mereka bertemu di London pada 1 April 2005 telah membawa bibit cinta dan hingga melangkah kejinjang pelamin.

Mas kahwin bernilai RM80 manakala hantaran berjumlah RM37,393.13 . -7/12/2006