Thursday, October 19, 2006

Menongkah Arus


aku perhatikan ikan-ikan di air terjun ini
mengapa menongkah arus
mengapa mencari susah

aku terfikir...bukankah lebih baik mengikut arus
kan lebih senang macam tu
tenaga pun tak terbuang

aku berfikir lagi...
apakah itu takdirnya
mungkin ketetapan azali
dari Pencipta Yang Maha Esa

memang benar ianya dicipta seperti itu
tapi pasti ada hikmahnya tersendiri
sebab Dia Maha Pencipta
pasti lah tidak sia-sia walau sebesar zarahpun

kalau ikan-ikan itu mengikut arus
pasti hidupnya tak lama
kerana dari tenaga yang dibuang itulah dia boleh hidup
kerana menongkah aruslah dia peroleh makanannya
kerana menongkah aruslah lahir kekuatannya

aku cuba membadingkan dengan manusia
kalau tak menongkah arus mana mungkin ada perubahan
kalau tak menongkah arus mana mungkin ada inovasinya
sebab menongkah aruslah manusia berubah
manusia mencipta tamadun

4 comments:

  1. Anonymous2:07 AM

    Memang benar bila di pk pk kalau kita menongkah arus banyak untungnya, kalau kita menongkah arus, banyak hikmah nya, dan kalau kita menongkah arus banyak ranjau dan duri perlu kita rasai...berbanding dgn org yang mengikut arus, ikut saja apa y org lain buat, ikut saja apa yg org lain tetapkan...memang tak mencabar..pk jangan tak pk ya..hehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:06 PM

    saya suka puisi ini..tentang kehidupan. tapi tak sempat nak komen lebih lebih . nak raya dulu pasni boleh komen ke kondem ker ek ek

    ReplyDelete
  3. hehe azuna.. azuna menongkah arus ke tak ke sama je.. sebab dah bijak mengawalnya..yang susah kalau macam musafir ni.. dua dua susah nak kawal.. nongkah arus tak kuat tenaga..ikut tak reti nak control..asyik babas jek kekek :)

    ReplyDelete
  4. haha sila sila fireslies.. bantai jek kalau sudi heheh :P

    ReplyDelete