Wednesday, September 13, 2006

Disiplin ke tambah PENING?

Nantilah aku komen..tak de mood nak komen..kalau dah sudah terang lagi bersuluh..may be esok ke lusa ke aku komen lah..ko orang komen la dulu..cuma aku nak kata kalau buat apa pun tujuannya sebab politik je..tak kemana..makin rosak adalah.. dunia dunia kohkohkoh
-----------------------------------------------------------------------------
Ini komen aku..aku hairan apa rasionalnya membawa tanggungjawab seramai 8 ribu orang yang tentunya akan menimbulkan berbagai masalah. Memang tujuan untuk memberi kesedaran dan pemulihan bersesuaian dengan cara dan pendekatan bagi golongan muda tapi.....

tidakkan masalah mat rempit ini adalah masalah yang sudah berakar umbi? bukankah perlu dan mesti mempunyai pendekatan yang bersifat "sabar" dan tidak seperti yang ditunjukkan itu. Pendekatan sabar ialah dengan mengambil suatu jumlah tertentu pada satu masa untuk diberi "pemulihan dan kesedaran" agar ianya boleh dikawal dan lebih memberi manfaat.

Mengambil begitu ramai untuk menyertai apa yang dipanggil program pendekatan kesedaran adalah suatu tindakan yang boleh dijustifikasikan sebagai mempunyai motif yang bersifat politik kerana badan yang melaksanakan program ini adalah dari badan politik iaitu PUTERA UMNO. Masyarakat dan sesiapapun juga akan mempertikaikannya..mengapa tidak dibuat dalam kadar kuantiti yang lebih kecil dan bukannya seolah-olah untuk menunjuk dan mencari publisiti.

Mengenai kenyataan yang disiarkan oleh Harian Metro, sepatutnya badan penganjur harus melihat ianya secara positif dan tidak menafikannya serta merta. Badan penganjur harus berusaha untuk menyiasat dan membetulkannya. Masyarakat mungkin memaafkan apa yang berlaku kerana keadaan dan situasinya dalam membentuk mat rempit ni agar sukar tetapi apa yang perlu dilihat ialah inilah fenomenanya..inilah sikapnya..inilah keadaannya dimana remaja di Malaysia sudah hanyut dan teruk. Bukankah lebih rasional kalau PUTERA UMNO menganjurkan program ilmiah terlebih dahulu. Perlu ada suatu perbincangan terbuka dan disertai oleh berbagai NGO's bagi melihat masalah dan jalan penyelesaiannya. Selepas suatu perancangan dapat dicapai dengan bantuan NGO's dan pihak-pihak tertentu lain barulah program seumpama ini boleh dilakukan.

Aku rasa badan yang menganjurkan ekspidisi ini mesti menilai kembali niat dan cara mereka. Mereka juga mesti jangan mudah melatah dengan menafikan serta merta malah harus mengambil segala kritikan dan tuduhan sebagai suatu jalan dan cara menilai kejayaan apa yang dibuat. Bersikap ikhlas dan jujur serta terbuka penting untuk mendidik anak remaja ini...tu je lah aku nak kata
-----------------------------------------------------------------------------------
HARIAN METRO 13 SEPTEMBER 2006
Edisi KL : Usaha murni tercemar

Oleh Mazlan Hasan

LUMUT: Usaha murni Putera Umno mendisiplinkan kira-kira 8,000 Mat dan Minah Rempit di Teluk Batik di sini, Sabtu dan Ahad lalu tercemar dengan beberapa insiden memalukan termasuk dakwaan kegiatan maksiat, minum arak, gaduh serta mencemarkan masjid.

Antara insiden memalukan didakwa membabitkan segelintir peserta Ekspedisi Merdeka Putera Bermotor Kuala Lumpur-Teluk Batik 2006 anjuran Putera Umno itu ialah kejadian mereka mandi serta berendam dalam kolah mengambil wuduk di Masjid Teluk Muroh, dekat sini, ketika program membersihkan masjid dilaksanakan.

Beberapa penduduk setempat dikatakan menegur perbuatan tidak senonoh itu tetapi tidak diendahkan sehingga mereka terpaksa membuat aduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Manjung (PAIDM) di sini.

Pegawai Bahagian Penguat kuasa PAIDM, Mohd Zainudin Mohamed Zaini, mengesahkan menerima laporan jawatankuasa pengurusan masjid berkenaan.

Selain aduan itu, pihaknya menerima banyak aduan mengenai perbuatan sebahagian daripada 8,000 Mat dan Minah Rempit terbabit yang berkumpul selama dua hari di Teluk Batik pada 9 dan 10 September lalu.

“Antara aduan diterima daripada orang ramai ialah ada antara mereka bebas minum arak, berkhalwat dan menyalahgunakan kemudahan masjid,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zainuddin berkata, penduduk juga mengadu mengenai pakaian menjolok mata beberapa peserta perempuan yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai terutama ketika menjalankan aktiviti membersihkan kawasan masjid atau kubur.



Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya menjalankan operasi bersepadu dengan Pejabat Agama Daerah Seri Iskandar dan Kampung Gajah termasuk memantau hotel di sekitar bandar Lumut.

Katanya, hasil pemantauan itu, lapan remaja lelaki dan perempuan berusia 15 hingga 19 tahun yang menyertai ekspedisi berkenaan ditahan di sebuah hotel.

Menurutnya, kumpulan remaja terbabit memilih untuk menyewa bilik hotel dengan alasan kurang selesa berkhemah di pesisiran pantai bersama peserta lain.

“Dalam serbuan jam 4 pagi itu, semua lapan remaja berkenaan sedang tidur dalam keadaan mabuk dalam dua bilik hotel di Lumut.

“Kami dapati sebuah bilik dikongsi tiga lelaki bersama seorang remaja perempuan.

“Bilik kedua pula dikongsi dua remaja lelaki berusia 18 tahun dan dua remaja perempuan masing-masing 18 dan 15 tahun yang ditemui dalam keadaan mabuk.

“Turut ditemui ialah botol arak. Remaja dari Kuala Lumpur, Selangor serta Kedah dan mereka menunjukkan surat penyertaan ekspedisi,” katanya.

Beliau berkata, semua remaja terbabit akan didakwa di Mahkamah Syariah Manjung atas kesalahan berkhalwat mengikut Seksyen 54(1)(2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 pada 7 November depan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Penganjur ekspedisi berkenaan ketika diminta mengulas kejadian itu, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai salah laku itu.

Katanya, peserta terbabit dijaga secara ketat dengan bantuan lebih 100 anggota Rela dan polis yang bertugas secara bergilir-gilir.

“Malah, untuk keluar masuk dari kawasan perkhemahan di Teluk Batik juga diberi kawalan ketat apabila kita mengadakan tiga sekatan jalan atau pusat pemeriksaan keselamatan oleh anggota polis trafik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdul Azeez berkata, daripada sejumlah 8,000 peserta, seramai 7,700 peserta lelaki diletakkan di kawasan perkhemahan di kawasan pantai, manakala 300 peserta wanita pula diletakkan di motel di situ.

Katanya, langkah mengasingkan peserta lelaki dan perempuan terbabit perlu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya menafikan sebarang kemungkinan ada peserta ekspedisi berkenaan terlepas sehingga ditangkap atas kesalahan melakukan khalwat di sebuah hotel di Lumut sepanjang tempoh program berkenaan.

“Malah, saya juga tidak tahu mengenai dakwaan pengurusan Masjid Teluk Muroh bahawa segelintir peserta berendam di dalam kolah wuduk masjid.

“Kejadian itu tidak mungkin berlaku kerana ada lebih 100 orang di masjid berkenaan ketika program dijalankan,” katanya.

Abdul Azeez bagaimanapun berkata, walaupun ada pergaduhan antara Mat Rempit tempatan dengan peserta ekspedisi, ia dapat diselesaikan secara baik.

4 comments:

  1. Anonymous11:16 AM

    ni first komen sy ms baca...rasa kalau dapat nak penampar jer sekor-sekor..

    huh!

    nanti nak pk dgn lbh rasional sikit...

    ReplyDelete
  2. heheheheh keshi

    ReplyDelete
  3. Anonymous6:53 AM

    terkejut gak ngan tindakan putera umo tu waktu baca kt paper..
    x phm gak..ape rasional nya dorang wat camtu..
    mat rempit mmg susah nk dibanteras..mungkin utk jangka masa pendek je..tp utk masa pnjg..dorang akan wat lg..
    sebab dorang ni ibarat jenis yg x ske berperaturan..sebab tu dorang berani langgar segala peraturan yg ditetapkan..

    baik kerajaan pk perkara lain drpd mat rempit

    ReplyDelete
  4. tindakan bodoh...ha ha ha

    ReplyDelete