Sunday, September 03, 2006

Penulis ke hakim?




Tragedi gelora asmara

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Kena rogol bawah tangki

KUALA LUMPUR: Gelora asmara seorang gadis yang berhajat melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya dalam kereta di kawasan tersorok berakhir dengan tragedi apabila dia diculik sebelum diperkosa beramai-ramai.

Mangsa yang baru berusia 18 tahun, diperkosa bergilir-gilir tiga lelaki yang menyamar anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, pasangan terbabit yang menaiki sebuah kereta Honda dikatakan menuju ke arah Empangan Klang Gate di Taman Melawati, Hulu Klang.

Bagaimanapun, mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan tiba-tiba ditahan tiga lelaki yang menaiki motosikal di kawasan terbabit.

Sumber polis berkata, kumpulan lelaki terbabit kemudian memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum menyoal siasat mangsa dan kekasihnya.

Menurutnya, tiga lelaki terbabit kemudian mengugut membawa pasangan berkenaan ke balai polis kerana didakwa melakukan kesalahan berkelakuan sumbang.

“Pada masa sama, suspek mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar RM3,000 jika tidak mahu dibawa ke balai polis.

“Malangnya pasangan terbabit memberitahu tidak membawa wang sebanyak itu menyebabkan mereka diarahkan keluar dari kereta,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada `polis palsu’ itu kemudian mengarahkan gadis berkenaan membonceng motosikalnya dengan alasan hendak dibawa ke balai polis berdekatan.

Mangsa yang ketakutan akur dengan arahan terbabit sebelum membonceng motosikal ditunggang seorang daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kata sumber itu, gadis berkenaan dibawa ke kawasan semak berhampiran Tangki Air Gombak milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Sebaik tiba di lokasi terbabit, gadis itu digari dan diugut supaya tidak melawan dan akan dibunuh jika enggan mematuhi arahan.

“Mangsa dipaksa melakukan seks oral. Tidak lama kemudian, dua lagi rakan penjenayah muncul sebelum memaksa gadis itu melakukan perbuatan sama,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek sebelum ditinggalkan bersendirian di kawasan terbabit.

“Selepas penjenayah beredar dari situ, gadis itu terpaksa berjalan kaki turun dari bukit berkenaan dan meminta bantuan orang ramai.

“Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sebelum dihantar mendapatkan rawatan,” katanya.

Ulasan aku..........

Aku bukan setuju dengan tindakan gadis tu..aku tak pertikaikan yang dia ada kesalahaan dengan berada dalam situasi macam tu..yang menyebabkan dia mudah dirogol atau terdedah kepada perlakuan zina macam tu. Ini aku tak nafikan...

yang aku rasa tak patut ialah sikap penulis ni yang telah memberi suatu hukuman dan pengadilan kepada gadis ni tanpa mengambil kira truma atau tanpa mengambil kira kejadian rogol yang berlaku ke atasnya tu. Betulah gadis tu salah tapi dalam konteks rogol dia patutnya diberi perhatian dan dilindungi serta diberi pemulihan berdasarkan truma kena rogol. Janganlah hukum dia nak buat seks la apa laa.. dia dah kena teruk..so simpatilah sikit..kan ke tujuan kita hukum nak suruh dia jadi baik? kalau dah kutuk dia abis abis..satu Malaysia tau..tak ke akan buat dia lagi teruk??? cuba kena kat adik sendiri..apa rasa?

kalau dia dapat perhatian golongan agama lain..yang lebih perihatin dah dia rasa selesa..pastu "tersuka" kat agama lain..kita marah pulak...kita kutuk pulak..so orang Islam ni pandai kutuk je ke? tak boleh ke lihat isu ni secara betul..dia salah jelas salah..dia dizalimi pun jelas ..so napa nak kena pandang kesalahan dia je..wahal kalau kena rogol kita tau macam mana rasanya...nampak salah budak tu je..yang salah media..tu hiburan sana sini.yang sambut kemerdekaan ntah apa apa tu..yang bukak kelab malam..disko..seribu satu maksiat tu tak pe la pulak..kan ke semua tu menyumbang jugak?

aku nampak gadis ni dah kena zalim..so wajar dia diberi pembelaan..kalau pasal salah dia tu ..kita betulkan dengan cara baik..maksud aku cara baik tu mungkin kena hukuman ke apa ke..tak apa lah tapi janganlah duk siarkan seluruh malaysia benda yang kita tak pasti..penulis nampak ke apa dia buat dalam kereta tu? huh..pepandai je..macam la penulis ni tak pernah salah..huhuhuhu

perogol tu patut ditangkap dan dihukum..gadis ni wajar diberi pembelaan..tu pendapat aku.

17 comments:

  1. Anonymous2:56 PM

    erm..
    agaknya, apa yg bakal terjadi pd gadis tersebut..

    nk salahkan siapa..
    teman lelaki dia yg melepaskan gadis tersebut pergi sendirian..
    salahkan diri mrk yg berani mencuba sesuatu yg x sepatutnya berlaku..
    agaknya? gadis tersebut dah dpt satu pelajaran br yg xkan dilupa sampai bila2..

    perogol tersebut masih ada sifat kemanusiaan sebab tidak membunuh gadis tersebut...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:33 PM

    gadis tu dah dapat balasan dari Allah secara tak langsung n kita sebagai manusia ambillah pengajaran...pesanan untuk diri sendiri juga...Allah sentiasa melihat apa yg kita lakukan...n satu lagi perogol ni patut di hukum potong ' tutt '....eee geram

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:43 AM

    si perogol tu patut di hukum...dah le menipu, pas tu merogol pulak...his..hukum dia seberat2nya. Bagi penulis tu, jangan buat kesimpulan sendiri kalau tak tahu cerita sebenar.

    ReplyDelete
  4. hmm tu lah chii.. apa berlaku pada gadis tu adalah kesilapan sendiri namu n walauapapun... kita kena melihat secara adil..

    gadis tu salah namun apa berlaku pada dia wajar diberi pembelaan..dengan age 18 tahun tu..apalah dia tahu kan..banyak fakor mendorong dia terjebak..penting untuk membantu dia dalam apa juga cara...

    perogol tu mesti diberi penghukuman..yang jahatnya dia..

    teman lelaki dia tu berada dalam situasi yang terperanjat dan takut..ini boleh berlaku pada sesiapa je..namun apapun dia kena bertanggungjawablah kan.. dia kena kawin ngan gadis tu ..dia kena bantu gadis tu ..

    apapun..dia dan gadis tu dan semua pihak kena ambik iktibar..semoga perkara ni tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  5. heheeh cikscarlet...betul tu..semua ni menjadi pengajaran.. perogol tu bukan takat dipotong tuuttt tu je..gantung je ..perogol tu kena dan mesti " tinggalkan dunia ni" atau didipaksa pergi dari dunia ni hehhehe

    ReplyDelete
  6. yes sokong azuna..bagi je kita hukum perogol tu azuna kan..tau la nak wat camner.. huh

    mehh kita doakan agar gadis tu kembali kepangkal jalan dan berupaya teruskan hidup dengan baik :)

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:35 AM

    hmmm.malangnya gadis itu,sudah jatuh ditimpa tangga.

    kenapalah muda-mudi zaman sekarang ni tak dapat berfikir dengan waras?

    ReplyDelete
  8. mrs kompius..bila tengok je komen mrs ni..saya rasa nak ulas terus je..


    kenapalah muda-mudi zaman sekarang ni tak dapat berfikir dengan waras?

    kalau nak jawab soalan tu kena tengok gak golongan lain..muda mudi dalam sebuah negara adalah generasi baru yang biasanya tak pun menentukan apa apa dasar atau membuat keputusan bagi membentuk persekitaran. Ini jelas..mereka hanya menjadi "pengguna" kepada persekitaran yang sedia ada dalam sesebuah negara atau keluarga ataupu n masyarakat.

    dengan maksud lain adalah orang lain..ada pihak lain..ada generasi lain yang berkuasa dan bertanggungjawab menyediakan semua itu. so itulah sebenarnya yang perlu dilihat dan diubah. Kalau mak ayah..maka mak ayah itu mesti berperanan, kalau kerajaan, maka kerjaaan itu yang harus berubah dan menyediakan dan membentuk pemikiran generasi baru ni. Tak dinafikan remaja2 ni juga harus berubah namun peranan paling penting seperti yang dinyatakan di atas.

    Media juga..cubalah hentikan sikap melampau dalam menerbitkan rancangan2..hiburan yang melampau, filem yang melampau, semua ini mesti dilihat kembali. Internet juga..perlu ada tindakan yang jelas dari pihak kerajaan.

    Manusia ni boleh menjadi baik sekiranya tidak berhadapan dengan peluang tu..kalau dah peluang ada depan mata..ahaa susah nak kata..perkara ni bukan saja pada remaja malah golongan lain pun sukar nak mengawal soal nafsu ini kecuali dalam diri masing2 ada agama dan nilai baik yang kuat dan teguh.

    tu lah kan mrs kompius..nak salahkan remaja atas apa berlaku susahlah kan ..malah mereka perlu didekati dengan berbagai program ilmiah yang menarik..dengan berbagai cara yang bijak dan sesuai dengan mereka..

    masalah utama di Malaysia ni nak buat apa pun mesti nak kaitkan dengan politik..kalau kaitkan agama dengan semua perkara alangkah baiknya kan :)

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:33 PM

    erm, sokong pendapat tuan blog. mungkin lepas kes tu, gadis tu akan insaf. tp perogol tu...rsnyer selagi xkena hukuman, memang xkan insaf... nauzubillahi minzalik...

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:08 PM

    menarik ulasan encik aku tu.saya setuju.cuma satu sahaja,pada sy,apa yg kita hendak,kita sendiri menentukannya.termasuklah baik atau buruknya sesuatu perkara itu.kalau kita berniat baik,kita akan lakukan perkara2 yg baik,dan sebaliknya.pokok pangkalnya,kita.sebab sy percaya,apa jua yg kita lakukan semuanya bermula daripada kemahuan dan jati diri diri sendiri.orang lain tidak boleh paksa kita untuk melakukan sesuatu,melainkan dengan cara kekerasan.

    walaupun peranan2 penting untuk membentuk diserahkan majoritinya pada orang lain (keluarga,ibubapa,masyarakat,kerajaan) tetapi individu itu sendiri perlu ada rasa yang kuat untuk membentuk,memajukan serta memperbaiki diri sendiri.kalau tahap kesedaran shj tinggi,tapi kemahuan/istiqamah untuk berubah itu kurang atau mungkin tiada langsung,tak guna jugak,yer tak?

    yang sy benar2 kesalkan dalam isu yang diketengahkan oleh encik aku ini ialah,kesilapan anak2 muda kita.soal latar belakang itu satu hal la,masalahnya,kenapa masih tidak dapat mengambil pengajaran daripada apa yg kita lihat,dengar dan rasa? di dada2 akhbar,stesen2 tv riuh memperkatakan soal rogol,zina,rompak,samun,jenayah2 la.masih lagi nak 'mendedahkan' diri pada kemungkinan2 seperti yg disebutkan di atas.terdetik di hati sy, ' diorang ni ada otak ker tak? ' maaf bahasa sy kasar.tapi itulah realitinya.

    sy tidak merujuk pada mana2 individu yang tertentu,anak muda yg sy maksudkan itu adalah secara umum.kalau dikecilkan lagi skopnya dalam isu ni,merujuk pada budak ppuan,pakwenya serta polis2 palsu yg terbabit.

    itulah jadinya jika nafsu beraja dalam jiwa, melampaui batas2 akal dan pegangan agama yg baik.

    ReplyDelete
  11. mrs kompius..mula2 masa baca mrs kompius nyer pandangan tu rasa tak setuju sangat...tapi bila diskus ngan kawan..dengar pandangan dia...mula terfikir ada persamaan sebenarnya pada apa kita fikir ni..


    so saya nyer kesimpulan camni...

    kalau kita nak ingatkan/nak bagi nasihat kat semua gadis-gadis remaja ni..saya setuju ngan pandangan Mrs Kompius bahawa mereka mesti sedar bahawa keputusan dan tindakan mereka yang sebenarnya menjerumuskan mereka ke perkara2 yang tak diingini...keputusan ditangan mereka nak baik atau tau. Ini nasihat kepada semua gadis2 remaja so jangan nak salahkan orang lain kan.

    kedua..pada semua rakyat Malaysia..kena pakai pandangan saya sebab jangan menghukum sesiapapun yang mengalami kejadian buruk tanpa melihat secara mendalam dan sebarang komen dan tindakan mestilah untuk membimbing para remaja yang mengalami sesuatu kejadian buruk itu kepangkal jalan. Konsepnya ialah untuk memulihkan dan menjadikan sesuatu tu lebih baik.

    so ok lah saya terima apa Mrs Kompius kata tu..terima kasih kerana menjadikan saya berfikir dengan lebih baik dalam isu ni. Terima kasih sekali lagi.

    p/s jangan serik nak ulas atau bagi pandangan ek hehheehhe

    ReplyDelete
  12. ralat :-

    petikan: ...keputusan ditangan mereka nak baik atau nak yang buruk.....

    ReplyDelete
  13. ralat lagi :

    kedua..pada semua rakyat Malaysia..harap pertimbangkan pandangan saya sebab jangan ...

    ReplyDelete
  14. Anonymous7:57 AM

    hehehe.yer ker tuan umah. :-)

    p/s - serik? kuikui ker tuan rumah dah serik nak pikir masalah sy? keskeskes

    ReplyDelete
  15. what?serik?? iskkkkkk sat sat..ni nak kena pk banyak balik ni..hmm ish ish ish..

    nantilah episod seterusnya kot kita digelanggang yang sama... serik ek? hehehehhehe Wait and C hihihihi

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:41 AM

    baiklah tuan umah.apapun,janganlah disalah ertikan apa yang saya tulis awal tadi yer.

    semuanya cuma sekadar pendapat dari akal dan jiwa saya yang belum matang lagi ni.jika ada salah dan silap,harap dimaafkan.saya ni 'terbuka' orangnya.kuikuikui

    ReplyDelete
  17. jangan risau mrs kompius..tak salah anggapnya... tak nampakpun pandangan mrs kompius ni tak matang..malah lebih baik dari apa yang saya mampu pk..

    saya pun "terbuka" gak orangnya kuikuikui

    ReplyDelete