Sunday, September 10, 2006

Risaunya aku

Risaunya aku bila setiap hari aku melihat berbagai perkara pelik berlaku. Jenayah meningkat, manusia saling bunuh membunuh, kejahatan bermaharajalela, kita sudah tidak selamat lagi walaupun di rumah sendiri.

cara manusia berfikir sudah tidak tau hujung pangkalnya, mana benar mana salahnya. Hiburan dijunjung di atas kepala, mendewakan manusia yang bergelar penghibur sudah tidak dapat dibendung lagi. Manusia lebih gemar memperkatakan kematian disengat pari dari syahid ditembusi peluru kerana Islamnya. Kononnya manusia disengat pari itu pejuang sejati..sampai di Malaysia pun masing-masing memberi liputan yang meluas..memang tak salah tapi gaya perkara ini diperkatakan membuat aku risau.

Aku semakin risau, terbaru bayi dibuang lagi..mati...ntah apa nak jadi dengan kita hari ini, kata ulamak kita tolak tepi..kononnya tak berfakta..murtad dimana mana..semakin hari semakin menjadi-jadi. Kekalutan politik juga semakin memperlihatkan melayu semakin "melayu" ..aku dah kata dulu..kita terima semua ini kerana salah kita gak..kita yang meletakkan mereka yang bernama pemimpin ini di jawatan tinggi, kita silap dalam memilih manusia bernama pemimpin ini. Kita dah terlalu lama membuat kesilapan..kita tak pilih yang berkualiti..sebab tu hari ini kita sendiri menyaksikan begitu banyak keputusan yang kucar kacir..ditertawakan oleh budak kecil..nampak sangat kejahilan..nampak sangat tidak berkualitinya.

Bangsa lain nak pilih pemimpin bukan main susah..itu ini dinilai..berhujah dan membuktikan diri..kalau bagus baru dipilih..kita bangsa melayu tidak macam tu..tak taulah apa nak kata..risaunya aku.

hmmm banyak lagi aku nak kata..tapi biarlah..cukuplah kat sini je..akhirnya aku nak bagitau..hmm risaunya aku..................

4 comments:

  1. Anonymous7:24 AM

    manusia akhir zaman
    byk sgt perkara yg berlaku
    manusia melakukan sesuatu perkara tanya memikirkan nya
    segalanya mengikut emosi..
    lalalalla

    ReplyDelete
  2. betul chii .. emosi emosi emosi.. emosi sama ke ngan nafsu? :P

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:45 PM

    Ibnu_Hashim

    Mmg itulah petanda akhir zaman
    yang dibunuh tak tahu sebab apa dia dibunuh
    dan yang membunuh tidak paham kenapa dia membunuh...

    ReplyDelete
  4. ibnu hashim... samada dia faham atau tidak..dia tiada hak untuk membunuh orang lain..

    sebab tu agama datang dan didatangkan dengan segala perkara samada nilai baiknya..maupun perundangan..

    perundangan juga merupakan suatu cara bagi membentuk manusia menjadi baik sekalipun bentuk penghukuman itu boleh sampai kepada bunuh (qisas).

    wajar dijatuhkan hukuman dikhalayak ramai dan jangan sembunyi-sembunyi..bila semua nampak hukuman gantung ke..sebat ke dikhalayak ramai..baru masyarakat akan sedar dan takut nak buat jahat

    ReplyDelete