Tuesday, June 30, 2009

Lagi dasar liberalisasi diumum...

Petikan dariAgendadaily 30 June 2009

Kerajaan terus memperluaskan dasar liberalisasi ekonomi dan kewangan dengan menaikkan had pegangan ekuiti asing dalam syarikat broker saham dariapda 49 peratus kepada 70 peratus manakala pemilikan dalam segmen pemborongan industri pengurusan dana diliberalisasikan sepenuhnya dengan pegangan 100 peratus.


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, kebenaran pegangan 100 peratus itu diberikan kepada syarikat pengurusan dana yang layak


Katanya, usaha tersebut sebagai langkah untuk mewujudkan iklim pelaburan kondusif dan mesra pelabur di negara ini.

Selain itu, Najib turut mengumumkan penubuhan sebuah institusi pelaburan dikenali sebagai Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS) dengan modal awal RM500 juta.


EKUINAS akan menumpukan pelaburannya dalam sektor ekonomi yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi sejajar Model Ekonomi Baru, katanya semasa berucap pada Persidangan Invest Malaysia 2009 di Kuala Lumpur, hari Selasa. – 30/6/2009


-------------------------------------------------------------------------------------


Aku tak tau samaada nak puji atau apa dengan pembaharuan polisi ini. Yang pasti kerisauan berada pada tahap tinggi. Membuka kepada pemilikan asing dalam soal saham dan pengurusan dana seperti keluar dari kereta kebal untuk bertempur secara berdepan dengan pistol atau senapang. Kiri, kanan, belakang, hadapan kebarangkalian untuk dibunuh terbuka luas.


Walaupun pemilikan bumiputra kecil sepertimana yang dianalisis, sekurangnya dengan polisi yang lama, dapat juga dibendung dari orang luar mengaut habis segala khazanah di Malaysia ini. Isunya seperti kata Dato' Salleh Majid, mesti dilihat juga risiko kehadiran pakar yang sememangnya pakar dalam pengurusan dana ke Malaysia untuk mengaut keuntungan, bagaimana nanti aliran tunai keluar dan juga risiko2 lain. Kalau dahulu kita salahkan Soros kini kita sahkan pula kaedahnya...kalau ada yang seperti Soros, bukan saja kita tak boleh nak hukum kerana polisi kita membenarkan malah nak mengutukpun tak boleh sebab ianya sah di sisi undang-undang.


Walau polisi ini menyelamatkan ekonomi sementara, tetapi jangkapanjangnya mungkin lebih teruk dan rakyat bukan saja kehilangan kerja malah kehilangan rumah dan tanah sekali.

No comments:

Post a Comment