Monday, June 08, 2009

Timbalan Presiden PAS



Menarik untuk melihat perkembangan yang berlaku dalam muktamar PAS. Fokusnya kepada pemilihan Timbalan Presiden. Ustz. Nasha memenangi jawatan tersebut dengan agak besar kalau dibandingkan dengan Dato' Husam atau Mat Sabu. Namun kalau dikira keseluruhannya, jumlah yang tidak menyokong Nasha lebih banyak dari yang menyokongnya ( campur sokongan Husam dan Mat Sabu).




Aliran pemikiran kebanyakkan ahli-ahli PAS nampaknya tidak mempunyai perubahan yang ketara. Masih lagi dalam ruang lingkup yang lama. Secara jujurnya, saya lebih memihak kepada aliran pemikiran Husam Musa. Keperluan ulamak sebagai umarak harus dilengkapi dengan kemampuan dan kebijaksanaan dalam kaedah dan pendekatan politiknya.




Ustz. Nasha telah diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya namun tidak banyak yang dilakukan bagi mendokong Presiden sehingga kadangkala Presiden seolah-olah keseorangan dalam banyak isu semasa yang timbul. Sekarang ini, dengan berbagai cabaran, PAS memerlukan Timbalan seperti Husam Musa. Husam bukan seorang pemimpin yang akan bertentangan secara keras dengan Presiden sekalipun beliau punya pandangan sendiri.




Semoga muktamar akan datang ahli-ahli PAs harus lebih terbuka dan bijak dalam membuat pemilihan. Sokongan golongan muda sangat sangat diperlukan ketika ini dan bagi saya, Husam berkemampuan menarik golongan ini.


Wallahualam.

No comments:

Post a Comment