Thursday, June 11, 2009

Pengumuman Besar Dari Najib

Petikan akhbar...

"Mengenai Bajet 2010, Najib berkata ia akan menekankan mengenai cara-cara untuk merangsangkan lagi ekonomi negara dengan merubahnya menjadi sebuah ekonomi berasaskan pendapatan tinggi dengan sektor perkhidmatan memainkan peranan penting di dalam model baru ekonomi yang sedang dirancang.

Najib turut berjanji bahawa kesemua dasar kerajaan akan konsisten dengan "tidak mengubah dasar sewenang-wenangnya atau mempunyai kepincangan di dalam dasar kita."

Dasar (kerajaan), katanya akan direka bentuk untuk merangsang pertumbuhan dan memupuk keyakinan yang lebih tinggi di kalangan para pelabur bagi memastikan aliran masuk lebih besar Pelaburan Langsung Asing (FDI). "

______________________________________

Aku tidak rasa nak ulas terlalu banyak kerana siapalah aku nak cakap pasal ekonomi Malaysia. Namun sebagai rakyat aku khuatir dengan petikan di atas, cuma apa yang aku nak kata, kalaupun berasaskan ekonomi, pertamanya aku nak mintak sangat jangan BEBANKAN rakyat dengan kenaikkan cukai yang tinggi, dengan caj itu ini, dengan dasar yang akan membuatkan rakyat kena bayar lebih tinggi untuk kos sarahidup. Aku risau kalau pendapatan tinggi melalui sektor perkhidmatan ini akan kena bayarlah rakyat bila nak dapatkan perkhidmatan hospital dan lain lainnya.

Keduanya walaupun nak tarik pelabur, harap sangat agar kita jangan jadi macam kes air dengan Singapura. Rakyat bayar lebih tinggi dari air yang kita jual pada Singapura. Jangan longgarkan syarat-syarat sampai tahap tak munasabah. FDI penting tapi menjaga kepunyaan kita juga jauh lebih penting, agar yang dikejar tak dapat dan yang dikendong tak berciciran...jangan jadi macam Lebai Malang.

No comments:

Post a Comment