Tuesday, August 01, 2006

Ini aku kata...........

Hari ni aku nak komen..aku nak kata apa aku pk....terpulang pada orang lah nak pk macam mana..blog ni blog aku...aku ada kuasa la jugak sikit kan... hihi
Memula aku nak kata...aku heran dengan perancangan dan penyusunan pembangunan di Terengganu.. MB besar dari kawasan Kemaman naik..Kemaman jadi fokus.. Kalau MB dari Kuala Berang naik..Kuala Beranglah jadi fokus...ni MB dari Besut..maka Besutlah jadi fokus...
Aku rasa negeri Terengganu ni macam tikus baiki labu.. Terengganu ni tak maju lagi..bandar Kuala Terengganu tu sendiri kalau budak kecik masuk bandar sah tak sesat..kecik sangat..berterabur...berselerak...
Napa nak letak UDM tu kat Besut? wahal K.Berang lagi sesuai..persekitaranya....pergerakan pembangunan dan modal insannya...kat Kuala Terengganu sendiri pun masih perlukan Universiti dalam bandar...atau pinggir bandar....Kalau letak pinggir bandar..pasti banyak yang bleh dibangunkan...pastu strukturkan balik pembangunan bandarnya tu...bandar ke tu? iskkk cam pekan jek aku tengok...mana ada pasaraya besar2 pun..mana ada kemudahan sangat pun...uwaa nak nangis je ingat bandar Kuala Terengganu ni......
Terengganu negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik ..uwaaa nagis lagi laaa aku ni.. negeri cantik..persisir pantai..pembangunan pesisir pantai tak pun buat..dalam bandar tu masih dipenuhi rumah cina-cina macam nak runtuh..aku nak gak tengok kalau dari jambatan Sultan Mahmud tu nampak cam bandar Hong Kong..bukan tak de duit pun..royalti beratus juta huhuhuhu
Kalau di Chendering tu ..kawasan pelabuhan perikanan..bleh dijadikan Bandar Perikanan terbesar di negara ni..bangunkan sumber perikanannya..dirikan kilang..keluarkan produk...Yayasan Pembangunan Usahawan dan UPEN negeri Terengganu bleh la pk pk pasal ni..ni berpuluh tahun cam tu gak..bila nak berubah?
Pantai cantik..apa yang ada selain yang kita nampak..kalau di Pantai B. Buruk tu berpuluh kali berubah..projek itu ini..rombak bina rombak bina...alahaiiiiiiii duit abis..macam tu gak lah...
Terengganu ni bukan besar sangat tapi sumbernya kaya ..hutannya..air terjunnya..pantainya...pulaunya...orangnya.. macam belatuk catuk pokok kelapa je pembangunannya..lembab...lemau....
UDM ni..aku rasa bukanlah hanya setakat tunai janji..tapi biarlah kewujudannya tu memberi menafaat pada rakyat dan negeri. Biarlah macam air yang mengalir..pastu disekitarnya tumbuh tumbuhan hijau...macam tu gak lah ngan UDM..biarlah nanti hasil penyelidikannya..apa juga yang dibuat bleh rakyat nikmati..jangan annti tu tak jadi...masalah sosial plak yang tumbuh macam cendawan pas hujan.
kalau nak cakap ni banyak lagi..tapi aku nak kata kalau nak buat pembangunan buat betul2...rancang betul2..jiwa kena besar..akal pun kena besar...jangan bangunkan kawasan atas sebab nak pikat pengundi je....jadi MB ..jadi wakil rakyat berjiwa rakyat..bijaksana dan cemerlang gemilang dan terbilang... PM mesti setuju ngan aku ni .....ahaksssssssss
ok dah lah..malas dah nak cakap banyak....aku nak tengok keimanan..keikhlasan dan kebijaksanaan ada pada pemimpin kalau nak bangunkan negeri Terengganu Darul Iman ni.



"

No comments:

Post a Comment