Friday, August 04, 2006

Sumpah Khairy Jamaluddin...........


ni spekulasi

ni realiti
Pandangan akulah...bila Khairy dah bersumpah DEMI ALLAH.. maka aku percaya sepenuhnya..so tak de lagi keraguan di hati aku ni...so aku harap sebagi orang Islam...maka ko orang kena dan mesti terima penjelasan Khairy ni...kes tutup.

Isteri saya hanya Nori, kata KhairyAugust 4, 2006 : 06.22 PM--->

"Demi Allah, isteri saya hanya satu iaitu Nori binti Abdullah," kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bagi menafikan dakwaan kononya beliau telah berkahwin dengan pelakon Maya Karin. Sambil berkata sudah sampai masanya beliau menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya termasuk berkahwin dengan pelakon popular itu, Khairy menjelaskan : "Saya memegang prinsip TTP iaitu Tak Teringin Pun".

Bernama melaporkan beliau berkata serangan yang dilemparkan terhadapnya begitu peribadi, dan sebagai seorang yang bermaruah, fitnah itu perlu diperjelaskan segera terutama kepada anggota parti. "Saya akan menggunakan peluang merasmikan lebih 30 mesyuarat bahagian Pemuda di seluruh negara untuk menjelaskan segala tohmahan itu, dan kini masanya yang paling sesuai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa di Kota Bharu Jumaat.

Khairy, yang merupakan menantu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata bahawa selama ini beliau berdiam diri bukan kerana takut sebaliknya merasakan bukan masa yang sesuai untuk menjawab tuduhan-tuduhan itu. "Mereka menyerang peribadi saya selepas gagal mencari kelemahan Pak Lah, dan apa yang mereka buat kini menyerang menantunya, seolah-olah saya ini tidak patriotik lagi terhadap negara," katanya.

No comments:

Post a Comment