Nama Tempatan: | Tomato |
Nama Saintifik: | Solanum lycopersicum |
Nama Lain: | Tomat, terung masam, ractamaci, tamatar,love apple |
Famili: | Solanaceae |
Lokasi dijumpai: | Sayuran |
Asal: | Amerika selatan |
keterangan: | |
Sayuran yang berasal dari Amerika selatan ini kini boleh didapati ditanam sebagai sayuran pada semua iklim. Merupakan sejenis tumbuhan herba yang mempunyai bau yang kuat dengan daunnya yang berwarna hijau kelabu. sesetengah orang menganggap tomato merupakan sayuran sementar yang lain pula meletaknya dalam kategori sayuran.Terdapat pelbagai variasi tomato yang ditanam di malaysia kini yang berbeza dari segi warna saiz dan rasanya.Tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan dikot ini mudah membiak melalui biji benih. Biji benih selalunya akan bercambah selepas dua atu tiga hari disemai.Ia mula mengeluarkan bunga selepas lebih kurang 6 minggu | |
kegunaan: | |
Tomato mengandungi asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E. Asik utama yang terdapat pada tomato dan menyebabkan ia mempunyai rasa masam ialah asid sitrik.karetenod, B-karotin dan licopin pula menentukan warna pada tomato.Alkohol yang diektstrak dari tomato mempunyai ciri-ciri penahan sakit dan mengurangkan tekanan. Tomato banyak digunakan sebagai agen untuk anti penuaan dan mengembalikan keserian kulit terutamanya pada muka.Tomato banyak digunakan dalam masakan dan dijadikan sos. |
Tuesday, August 29, 2006
Tomato
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
teringat zaman kecik2 dulu..selalu gak menonton tomta man..eheh
ReplyDelete