Tuesday, August 15, 2006

ANTARA SIKAP BIADAP ARTIS DAN KEKESALAN MENTERI

Dua kenyataan oleh artis ini jelas memperlihatkan halatuju pemikiran manusia yang kononnya berjiwa seni ini. Memperlekehkan bahasa perkara kedua namun lebih penting dari itu ialah kenyataannya “If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often ( Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’ Kenyataan yang bersifat menghasut dan mencemarkan dan bertentangan sama sekali dengan nilai agama, nilai moral dan budaya orang kita. Kenyatan yang sebenarnya mencabar masyarakat Malaysia secara langsung, kenyataan yang begitu menyinggung perasaan kita sebagai orang Islam kerana ianya dituturkan oleh orang yang beragama Islam.

Amat dikesalkan oleh kita bilamana seorang Menteri yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas artis ini hanya berkata beliau kesal sahaja. Kuasa yang kita berikan kepadanya melalui pilihanraya dan melalui kuasa seorang Menteri nampaknya begitu lemah dan tak mampu membuat sebarang tindakan..tak mampu untuk mengambil tindakan selain dari kesal. Kalau setakat kesal semua orang boleh bercakap.

Sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat apalagi sebagai sebuah negara Islam yang melaungkan slogan Islam Hadhari saya mendesak Menteri ini mengambil tindakan keras ke atas artis tersebut. Bukan hanya Menteri ini sahaja malah saya juga mendesak Jabatan Peguam Negara mengheret artis ini ke Mahkamah atas kenyataannya yang bersifat menghasut dan mencemarkan agama serta nilai masyarakat Malaysia.

Lengkaplah sudah sebuah filem yang hancur dan tak bermaruah disertai sama oleh artis yang sama tidak bermaruah dan bermoral.

No comments:

Post a Comment