Saturday, August 26, 2006

Apa kata ko orang?




Hubungi UiTM

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan


KUALA LUMPUR: Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah diminta berhubung terus dengan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai dakwaan anaknya, Raja Shahirah Aishah, 22, digoda pensyarah. Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah, berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai dakwaan Raja Bahrin bahawa seorang pensyarah di universiti itu cuba menggoda anaknya sejak awal tahun lalu.


Shahirah adalah pelajar di Fakulti Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor. Ketika ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap pensyarah itu jika didapati bersalah, Dr Ibrahim berkata Raja Bahrin perlu berhubung terlebih dulu dengan pihak universiti. “Masalahnya pihak kami tidak pernah mendapat aduan atau mendengar dakwaan itu sehinggalah hari ini.


Oleh itu, saya nasihatkan beliau (Raja Bahrin) segera berhubung dengan kami untuk mengadukan hal ini. “Caranya yang memaklumkan kepada media adalah salah. Beliau perlu bercakap terus dengan kami supaya tindakan dapat diambil,” katanya ketika dihubungi, semalam. Dalam laporan semalam, Raja Bahrin mendakwa Shahirah ke Australia kerana ingin menenangkan fikiran berikutan menghadapi gangguan daripada seorang pensyarah di universiti tempat dia belajar yang didakwa cuba menggodanya sejak awal tahun lalu.

2 comments:

  1. Anonymous4:49 PM

    adakah ini satu spekulasi yg sengaja diada2kan oleh shahirah utk keluar dr uitm..
    dan seterusnya keluar dr malaysia..

    adeih..chii..x baik bersangka sebegitu la

    ReplyDelete
  2. huhuhu apasal kita pk sama ek ..iskkkkkk

    ReplyDelete