Tuesday, August 15, 2006

KENYATAAN BIADAP ARTIS


RUH GUBRA

Kenapa saya berucap bahasa Inggeris
Sharifah Amani.
KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19), Sharifah Amani mengejutkan hadirin apabila memperlekehkan bahasa Melayu semasa berucap selepas menerima anugerah itu, malam tadi.

Katanya, dia rasa seperti orang bodoh jika bercakap dalam bahasa Melayu kerana kurang fasih, sebaliknya mahu menggunakan bahasa Inggeris.
‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu),’’ katanya ketika diberi peluang membuat ucapan sebaik sahaja menerima anugerah itu kerana lakonannya dalam filem Gubra.
Ucapannya itu menimbulkan rasa tidak senang sebilangan besar penonton khususnya orang Melayu termasuk tetamu kehormat majlis itu iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Lebih memeranjatkan khalayak pada malam itu ialah apabila Sharifah Amani mengakhiri ucapannya dengan berkata:
“If the film (Gubra) mencemar budaya, let’s do it more often ( Jika filem ini (Gubra) mencemar budaya, mari kita hasilkan lebih banyak lagi).’’
Sharifah Amani, 20, yang ditemui selepas festival itu menjelaskan, dia tidak berniat memperlekehkan bahasa Melayu.

Menurutnya, dia meminta kebenaran berucap dalam bahasa Inggeris kerana bimbang ucapannya dalam bahasa Melayu akan kedengaran buruk ekoran dia tidak fasih bahasa ibunda itu.
‘‘Apa yang saya maksudkan ialah saya ingin bertutur dalam bahasa Inggeris kerana tidak fasih berbahasa Melayu, nanti buruk bunyinya.

“Saya tidak mahu nampak bodoh kerana bagi saya, bahasa melambangkan budaya bangsa. Saya memang bercakap dalam bahasa Inggeris di rumah dengan seluruh anggota keluarga saya termasuk datuk, nenek dan moyang,’’ katanya.
Sharifah Amani menjelaskan, ucapannya itu adalah secara spontan dan dia sama sekali tidak maksud untuk menimbulkan sebarang kontroversi.
‘‘Saya tidak bermaksud mencetuskan kontroversi dan saya tetap berbangga menjadi gadis Melayu Islam,’’ ujarnya.

Menurut Sharifah Amani lagi, faktor yang menyebabkan dia kurang fasih berbahasa Melayu ialah kerana darah campuran yang dimilikinya iaitu Cina, India dan Arab.
“Salahkah saya berbahasa Inggeris sedangkan ketika ini ada usaha untuk memperkasakan bahasa itu di sekolah-sekolah?
“Lagipun orang perlu tahu saya masih muda dan baru berumur 20 tahun,’’ jelasnya.
Ketika diminta mengulas mengapa dia mahu filem seperti Gubra diperbanyakkan, Sharifah Amani berkata, ia adalah luahan hatinya yang terguris apabila filem Gubra dan Sepet menerima kecaman hebat daripada media massa dan pengkritik filem.
Tambahnya, masyarakat tidak tahu bagaimana sukarnya untuk menghasilkan sebuah filem yang baik.

“Saya bercakap begitu kerana saya terlalu mencintai dunia lakonan dan filem. Gubra ialah filem cinta, bukan filem wang,’’ ujarnya.

No comments:

Post a Comment