Tuesday, August 29, 2006

Kaduk



Nama Tempatan:
Kaduk
Nama Saintifik: piper sarmentosum roxb
Nama Lain: Sirih duduk
Famili: piperaceae
Lokasi dijumpai: Dikawasan yang agak lembab
Asal:

keterangan:

kaduk ilaah sejenis tanaman yang banyak digunakan sebagai perisa dalam masakan melayu seperti masak lemak terutamanya masak lemak udang dan ketam.Kaduk sedak dijadikan ulam jika direbus dan dicecah dengan sambal belacan.Ia mudah ditanam dan hidup subur terutamanya di kawasan-kawasan yang lembap dan hidup liar. Daun kaduk lembut berbentuk bujur bulat, nipis, berwarna hijau tua, berkilat dan berselang-seli manakal bunganya banyak, padat, sangat kecil dan tersusun rapat.Ia adalah tumbuhan jenis memanjat yang sesuai hidup dikawasan beriklim panas seperti tropika.Kaduk hidup meliar terutama di kawasan teduh, lembap atau di bawah sudur pokok lain manakala penanamannya menggunakan kaedah keratan batang.

kegunaan:

Air yang direbus dengan akar pokok kaduk dapat melawaskan kencing. Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air rebusannya. Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selesema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat panau dengan cara menambal pada bahagian panau itu.

3 comments:

  1. Anonymous1:11 PM

    daun kaduk turut dijadikan sayur tambahan sekiranya mkn laksa pahang..
    nyum2..sgt sedap

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:56 PM

    ada gak peribahasa kata 'Kaduk naik junjung' sy tidak tahu apa maksudnya, adakah 'kaduk' tu daun kaduk ni...sy tak pasti

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:36 AM

    erm..kaduk naik junjung.
    itu utk peribahasa pak kaduk..maksudnya org hina yg berasa dirinya mulia...
    bukan daun kaduk..ehehe

    ReplyDelete