
Tragedi gelora asmara
Kena rogol bawah tangki
KUALA LUMPUR: Gelora asmara seorang gadis yang berhajat melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya dalam kereta di kawasan tersorok berakhir dengan tragedi apabila dia diculik sebelum diperkosa beramai-ramai.
Mangsa yang baru berusia 18 tahun, diperkosa bergilir-gilir tiga lelaki yang menyamar anggota polis.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin, pasangan terbabit yang menaiki sebuah kereta Honda dikatakan menuju ke arah Empangan Klang Gate di Taman Melawati, Hulu Klang.
Bagaimanapun, mereka yang berada dalam keadaan mencurigakan tiba-tiba ditahan tiga lelaki yang menaiki motosikal di kawasan terbabit.
Sumber polis berkata, kumpulan lelaki terbabit kemudian memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum menyoal siasat mangsa dan kekasihnya.
Menurutnya, tiga lelaki terbabit kemudian mengugut membawa pasangan berkenaan ke balai polis kerana didakwa melakukan kesalahan berkelakuan sumbang.
“Pada masa sama, suspek mengugut pasangan kekasih itu supaya membayar RM3,000 jika tidak mahu dibawa ke balai polis.
“Malangnya pasangan terbabit memberitahu tidak membawa wang sebanyak itu menyebabkan mereka diarahkan keluar dari kereta,” katanya.
Menurutnya, seorang daripada `polis palsu’ itu kemudian mengarahkan gadis berkenaan membonceng motosikalnya dengan alasan hendak dibawa ke balai polis berdekatan.
Mangsa yang ketakutan akur dengan arahan terbabit sebelum membonceng motosikal ditunggang seorang daripada lelaki terbabit.
Bagaimanapun, kata sumber itu, gadis berkenaan dibawa ke kawasan semak berhampiran Tangki Air Gombak milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
“Sebaik tiba di lokasi terbabit, gadis itu digari dan diugut supaya tidak melawan dan akan dibunuh jika enggan mematuhi arahan.
“Mangsa dipaksa melakukan seks oral. Tidak lama kemudian, dua lagi rakan penjenayah muncul sebelum memaksa gadis itu melakukan perbuatan sama,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek sebelum ditinggalkan bersendirian di kawasan terbabit.
“Selepas penjenayah beredar dari situ, gadis itu terpaksa berjalan kaki turun dari bukit berkenaan dan meminta bantuan orang ramai.
“Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sebelum dihantar mendapatkan rawatan,” katanya.
Ulasan aku..........
Aku bukan setuju dengan tindakan gadis tu..aku tak pertikaikan yang dia ada kesalahaan dengan berada dalam situasi macam tu..yang menyebabkan dia mudah dirogol atau terdedah kepada perlakuan zina macam tu. Ini aku tak nafikan...
yang aku rasa tak patut ialah sikap penulis ni yang telah memberi suatu hukuman dan pengadilan kepada gadis ni tanpa mengambil kira truma atau tanpa mengambil kira kejadian rogol yang berlaku ke atasnya tu. Betulah gadis tu salah tapi dalam konteks rogol dia patutnya diberi perhatian dan dilindungi serta diberi pemulihan berdasarkan truma kena rogol. Janganlah hukum dia nak buat seks la apa laa.. dia dah kena teruk..so simpatilah sikit..kan ke tujuan kita hukum nak suruh dia jadi baik? kalau dah kutuk dia abis abis..satu Malaysia tau..tak ke akan buat dia lagi teruk??? cuba kena kat adik sendiri..apa rasa?
kalau dia dapat perhatian golongan agama lain..yang lebih perihatin dah dia rasa selesa..pastu "tersuka" kat agama lain..kita marah pulak...kita kutuk pulak..so orang Islam ni pandai kutuk je ke? tak boleh ke lihat isu ni secara betul..dia salah jelas salah..dia dizalimi pun jelas ..so napa nak kena pandang kesalahan dia je..wahal kalau kena rogol kita tau macam mana rasanya...nampak salah budak tu je..yang salah media..tu hiburan sana sini.yang sambut kemerdekaan ntah apa apa tu..yang bukak kelab malam..disko..seribu satu maksiat tu tak pe la pulak..kan ke semua tu menyumbang jugak?
aku nampak gadis ni dah kena zalim..so wajar dia diberi pembelaan..kalau pasal salah dia tu ..kita betulkan dengan cara baik..maksud aku cara baik tu mungkin kena hukuman ke apa ke..tak apa lah tapi janganlah duk siarkan seluruh malaysia benda yang kita tak pasti..penulis nampak ke apa dia buat dalam kereta tu? huh..pepandai je..macam la penulis ni tak pernah salah..huhuhuhu
perogol tu patut ditangkap dan dihukum..gadis ni wajar diberi pembelaan..tu pendapat aku.










































