Wednesday, August 30, 2006

Merdeka

aku tak tau kenapa..menjelang hari kemerdekaan aku pasti akan terasa sesuatu..hati aku pasti akan terusik..aku tidak faham erti merdeka. Bagaimana aku nak faham kalau pengisiannya sekadar hiburan dan konsert. Itu yang ditonjolkan sehingga nak keluar biji mata remaja melihatnya. Itulah yang biasa berlaku pada malam hari kemerdekaan. Mereka bertempik kegembiraan sambil dibuai lagu-lagu merdu dari penyanyi-penyanyi seksi dan kacak.

Inikah sebenarnya erti kemerdekaan? atau inikah sebenarnya pengisian bagi sambutan hari merdeka? Malam menanti pukul 12 malam..mereka hanyut dalam dunia yang direkacipta ..dalam dunia mereka sendiri. Aku tertanya inikah saja yang mampu difikirkan oleh manusia yang bertamaddun ini? Sekadar konsert pada malamnya..yang dihadiri para remaja dan pada siangnya kita boleh lihat pula berbagai benda yang boleh dilihat....dengan seluar dalamnya...ntah apa apa lagi...setelah 9 bulan akan lahir "anak-anak merdeka". Selepas itu kita berfikir pula kononya mahu melihat remaja ini berakhlak mulia..mahu melihat remaja ini berwawasan...peliknya turutan peristiwa manusia bertamadun ini.

Aku tak melihat lagi suatu pengisian yang benar-benar menghargai jasa-jasa orang lama dalam memperjuangkan kemerdekaan. Aku tak melihat lagi pengisian yang mana ada perkara-perkara..ada pemikiran yang boleh dibanggakan diperlihatkan kepada rakyat jelata. Aku tertanya-tanya apakah di Malaysia ini hanya boleh sekadar berhibur dan menari bersama-sama panyanyi dan konsert-konsert yang dinamakan dengan berbagai rupa saja? Kalaulah yang lama itu..pejuang-pejuang kemerdekaan itu boleh bangkit dari kuburnya..pasti mereka akan bertempik memarahi semua yang ada pada hari ini..mungkin mereka berkata " inikah jenisnya manusia yang menghargai kemerdekaan yang aku perjuangkan suatu masa dulu" .. " Aku tak faham..tamaddun kita ni ke belakangkah atau ke hadapan?


9 comments:

  1. malam tadi...
    pesta itu pesta jahiliah...

    malam tadi...
    pesta itu sampah-sampah hiburan terkinja-kinja...
    hodoh seperti beruk, busuk seperti sampah...

    malam tadi...
    pak-pak menteri menjadi saksi..
    bersama berpesta merai merdeka jahiliah..
    bersama berpesta merai merdeka islam liberal...

    malam tadi...
    bersaksi malam...
    pesta jahiliah berpesta sakan...
    tersungkur si dara ditangan teruna..
    tersungkur muda mudi di bibir arak...
    berlatar suara sampah-sampah...
    terkinja-kinja dan busuk sebusuknya...

    malam tadi...
    tiada bacaan tahlil untuk si syahid tanah air...
    tiada bacaan doa selamat tanda kesyukuran...
    tiada sujud syukur tanda syukur pada Yang Esa...

    malam tadi...
    bukti jiwa bangsa sudah tidak merdeka...
    bukti jiwa bangsa sudah terjajah...
    bukti islam liberal yang disedap bunyi islam hadhari terpampang jelas...

    malam tadi...
    bukti inilah merdeka yang pak-pak menteri cari....

    nota budak sekolah: maaf panjang saya mengomel...salam ziarah :)

    ReplyDelete
  2. luahan dan perkaitan yang baik akirasuri

    keprihatinan yang mendalam :)

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:34 PM

    erti kemerdekaan bagi kebanyakan masyarakt di negara kita ialah
    negara kita tidak dijajah secara fizikal oleh negara lain.

    pengertian terhadap merdeka semakin hari semakin sempit.

    ReplyDelete
  4. benar pengkritik blog.. sekarang rakyat memahami erti merdeka macam tu lah..cam budak tadika :)

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:44 AM

    pengertian merdeka berbeza antara kita.tidak ada garis panduan yang khusus sebenarnya.kalau encik aku masih tidak dapat memahami erti kemerdekaan lagi,cuba lihat dalam diri encik aku.ia sebenarnya ada di situ.

    kita tak akan faham sampai bila2 jika kita acapkali memikirkan perilaku serta reaksi orang2 di sekeliling kita yang selalunya bertaklid serta keliru dengan tindakan masing-masing,termasuklah dalam soal kemerdekaan ini.

    kita juga tidak boleh menyalahkan orang lain atas apa yang mereka faham.mungkin didorong oleh pelbagai faktor lain.apa yang kita boleh lakukan,ambil pengajaran sebaik mungkin.bak kata pepatah,yang baik jadikan pengajaran,yang sebaliknya jadikan sempadan.

    adalah lebih baik kita memahami erti merdeka dari sudut kefahaman kita sendiri daripada orang lain yang tolong jawabkan untuk kita.kelak tidak membawa apa2 makna lagi.

    bukankah kita dikurniakan tuhan masa,akal dan perasaan yang sesempurna makhluk untuk menilai? tepuk dada,tanyalah selera.

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:30 AM

    sedih bila melihat generasi muda skrg menyambut merdeka..
    mlm merdeka disajikan ngan lagu2 dr negara seberang..

    kenapa tidak diputarkan lagu2 yg membawa semangat patriotisme..
    haih..
    mungkin juga mrk tidak faham erti merdeka sebenarnya...
    atau masih keliru ngan erti kemerdekaan

    ReplyDelete
  7. Mrs Kompius yang bijak bistari....

    individu itu adalah seorang..ni berkait soal diri sendiri atau keakuan..namun apabila kita bercakap soal merdeka ini masyarakat..ini sudah melampui soal diri sendiri..ini berkaitan dengan "gabungan" individu yang akhirnya membentuk masyarakat.

    apa yang berlaku pada setiap orang, baik cara berfikirnya, tindakannya atau apa juga akan membentuk identiti masyarakat..so sama situasinya apabila bercakap soal merdeka. Kemerdekaan adalah bagi mereka yang pernah dijajah mungkin..atau dari suatu keadaan kurang baik kepada suatu keadaan yang lebih baik. Dalam konteks kemerdekaan negara kita jelas..secara umumnya mengetahui iannya adalah perjuangan mereka2 yang berfikir dan berusaha untuk memerintah sendiri dan tidak lagi bergantung kepada penjajah.

    Ini perjuangan..ini maksud kemerdekaan dahulu..namun sekarang kemerdekaan itu lebih berfokus kepada soal pengisian dan bergerak keareah kecemerlangan. Inilah yang sepatutnya berlaku. Namun..perlu difahami juga apakah konsep yang sepatutnya dilaksanakan di negara kita..apakah yang kita mahu atau yang sepatutnya dilakukan. Apa yang kita mahu tak bermaksud itu benar..

    Apa yang saya khuatirkan...persoalkan ialah tentang cara sambutan..cara menyedarkan golongan muda memahami erti kemerdekaan. Ini penting sebab nanti semakin kita fokus kepadu perkara2 yang lain semakin erti kemerdekaan itu terhapus.

    Kalau mrs kompius kata jangan pertikaikan orang lain..ini salah..itu tidak betul sebab kita berada dalam masyarakat..setiap perlakuan individu atau kumpulan menentukan budaya dan halatuju bangsa dan negara. Ini soal nilai..soal moral malah lebih penting soal agama. Sebarang kaedah yang tidak tepat dari segi ukuran betul dan salah berpandukan kepada nilai moral..nilai agama maka ianya wajib dibetulkan.

    Kita harus jelas dengan apa yang terjadi..malah harus juga peka malah dalam beberapa keadaan kita mesti bersuara dan bertindak membetulkannya. Ini bukan tugas pemimpin saja..kita ahli masyarakat juga harus berperanan. Kalau sambutan hari kemerdekaan itu tidak betul..maka kita wajib membetulkannya kalau kita sayang kepada bangsa dan negara.

    Sekurangnya kita luahkan melalui tulisan..tak taulah kalau Mrs kompius akan boleh bersabar kalau perkara yang tak betul berlaku di depan mata.. :P

    Mrs Kompius..kita hidup bermasyarakat dan bernegara..maka kenalah ambil tau dan peka.. artikel 11 perlembagaan negara kata..kita berhak memberikan pendapat dan itu merupakan hak asasi kita..tiada siapa dapat mempertikaikannya dan menghalangnya :P heheh

    ReplyDelete
  8. sokong chii.. apa tak kena kata je chii.. jangan takut selagi apa kita kata tu adalah kebenaran dan dalam konteks yang sepatutnya .tak gitu mrs kompisu? heheheh


    kenyit mata kat chii :P hehhhee

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:04 AM

    hehehe.yer ker encik aku. :-)

    ReplyDelete